Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462680
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azimah Binti Hussin, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Zaniza Tohar (P48819 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:49Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:49Z | - |
dc.date.issued | 2012-07-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119381 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462680 | - |
dc.description | Statistik terkini menunjukkan hasil pengeluaran lempung kaolin Malaysia adalah sebanyak 587.508 tan metrik setahun, sebahagian besar daripada jumlah ini disumbangkan oleh hasil lempung di kawasan Bidor,Perak. Dianggarkan rizab simpanan lempung di kawasan Bidor adalah sekitar 50 juta tan yang meliputi kawasan seluas 70km persegi. Walaupun sumber lempung Bidor sudah lama menguasai pasaran lempung tempatan dan Asia, namun usaha terhadap permurniannya menjadi lempung berkualiti tinggi masih belum diterokai lagi. Objektif utama kajian ini ialah mengenalpasti keupayaan kaedah perlunturan asid organik dan radiasi dalam menghasilkan lempung berkualiti tinggi. Berdasarkan dapatan kajian ini, lempung Bidor di kawasan kajian terdiri daripada 4 variasi warna yang berbeza iaitu putih, jingga, jingga cerah dan kelabu. Mineral-mineral utama yang terdapat dalam lempung Bidor yang dikenalpasti melalui analisis pembelauan sinar-x (XRD) adalah kaolinit, kuarza, muskovit dan hidrobiotit. Nilai pH bagi lempung Bidor pula berada pada julat 5.16-5.8 iaitu bersifat asid. Lempung putih dan jingga cerah mempunyai saiz butiran paling halus iaitu pada 0.03µm. Lempung putih menunjukkan kelimpahan fraksi lempung tertinggi iaitu pada kadar 68%. Prosedur permurnian menggunakan asid oksalik 0.4mol dalam kajian ini berupaya menghasilkan lempung Bidor berkualiti tinggi. Ini terbukti daripada ujian kecerahan, kesemua sampel memperlihatkan peningkatan kualiti kecerahan teutamanya lempung kelabu (14.2%). Selain itu, kajian ini juga membuktikan bendasing di dalam lempung Bidor berjaya diminimumkan menggunakan kaedah perlunturan asid organik dan radiasi. Lempung Bidor berkualiti tinggi mempunyai struktur morfologi tipikal bagi kaolinit. Ini jelas dilihat daripada imej mikroskop imbasan elektron (SEM), kristalit kaolinit masih berbentuk heksagonal, tersusun berlapis-lapis dan memperlihatkan struktur yang padat. Hasil kajian ini menunjukkan kedua-dua kaedah ini sesuai digunakan sebagai kaedah alternatif menghasilkan lempung murni. Walaubagaimanapun, kaedah perlunturan menggunakan asid oksalik 0.4mol merupakan kaedah alternatif yang lebih ekonomi serta berupaya menghasilkan lempung Bidor berkualiti tinggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Lempung kaolin | - |
dc.subject | Kuarza | - |
dc.subject | Muskovit | - |
dc.subject | Hidrobiotit | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. | - |
dc.title | Pemurnian lempung Bidor menggunakan kaedah perlunturan dan kaedah radiasi | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 146 | - |
dc.identifier.callno | TP811.S593 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002577 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119381+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 938.67 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.