Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462679
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBohari M. Yamin, Prof.-
dc.contributor.authorRuhana Liyana Mohd. Lawi (P52450 )-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:49Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:49Z-
dc.date.issued2012-11-29-
dc.identifier.otherukmvital:119380-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462679-
dc.descriptionKadmium sulfida merupakan salah satu sebatian titik kuantum yang mendapat perhatian para penyelidik kerana pancaran cahaya mampu diboleh-ubah akibat kesan pengurungan kuantum. Tahap kestabilan, saiz, dan taburan titik kuantum memainkan peranan penting terhadap sifat optik bahan yang terhasil. Maka, kajian sistematik terhadap kaedah sintesis dan prekursor yang sesuai dijalankan berterusan untuk mendapatkan titik kuantum kadmium sulfida yang mempunyai sifat optik yang menarik. Dalam kajian ini, titik kuantum disediakan oleh tindak balas kadmium asetat dan natrium sulfida dalam pelarut etanol. Trietanolamina digunakan sebagai agen topeng untuk memperoleh sebatian titik kuantum bersaiz kecil yang homogen melalui proses penopengan. Nisbah kepekatan trietanolamina kepada kadmium sulfida didapati mempengaruhi sifat optik larutan. Daripada spektrum penyerapan dan pendarfluor, semakin tinggi nisbah trietanolamina kepada kadmium sulfida anjakan puncak adalah ke arah panjang gelombang yang lebih pendek. Ini menunjukkan kesan penurunan saiz bahan. Saiz purata zarah yang dikira melalui diffraktogram pembelauan sinar-X turut menyokong penurunan saiz apabila kepekatan trietanolamina meningkat. Mikroskop elektron transmisi menunjukkan morfologi yang bergumpal dan mempunyai saiz kurang dari 10 nm. Spektrum inframerah transformasi fourier mengesahkan kehadiran trietanolamina dalam sampel. Campuran larutan titik kuantum kadmium sulfida dengan nanozarah zink oksida dan zink asetat menghasilkan puncak pancaran yang mempunyai keamatan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding larutan titik kuantum kadmium sulfida sahaja. Kesan yang sama dapat dilihat apabila cecair ionik bersuhu bilik 1-butil-3-metilimidazolium bis(trifluorometanesulfonil) imida, [BMIM][NTf2] menggantikan trietanolamina bagi nanokomposit kadmium sulfida. Diffraktogram pembelauan sinar-X, imej mikroskopi elekton transmisi, spektrum penyerapan ultralembayung cahaya nampak, nilai tenaga jurang jalur dan analisis inframerah bagi setiap sampel juga dibincangkan dengan terperinci.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKuantum kadmium sulfida-
dc.subjectZink-kadmium sulfida-
dc.subjectZink oksida-kadmium sulfida-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.-
dc.titleSintesis dan pencirian sifat optik titik kuantum kadmium sulfida dan nanokomposit (zink-kadmium sulfida & zink oksida-kadmium sulfida-
dc.typetheses-
dc.format.pages100-
dc.identifier.callnoQC611.6.Q35 R854 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002576 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119380+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.