Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462677
Title: Kajian kefungsian gen OPKN1 menggunakan sistem model
Authors: Mohd. Waznul Adly Mohd Zaidan (P17460)
Supervisor: Dr. Che Radziah Che Mohd Zain Zain
Keywords: Gen OPKN1
Oil palm
Issue Date: 15-May-2014
Description: Gen OPKN1 (Oil Palm Knotted-like Homebox Protein 1) yang telah dipencilkan didapati mempunyai kadar pengekspresan gen yang tinggi di dalam meristem vegetatif dan meristem bunga kelapa sawit. Berdasarkan penemuan tersebut, gen OPKN1 dipercayai terlibat di dalam proses pertumbuhan kelapa sawit iaitu pada fasa vegetatif dan fasa pembiakan. Namun begitu, fungsi gen OPKN1 secara terperinci tidak diketahui dan kajian menggunakan sistem model tumbuhan diperlukan. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji fungsi gen OPKN1 di dalam sistem model Nicotiana benthamiana melalui pendekatan pengekspresan gen OPKN1 secara berlebihan. Konstruk pengekspresan gen OPKN1 (pExOPKN1) telah dibina dengan pengaruhan promoter konstitutif CaMV 35S dan transformasi plasmid pExOPKN1 berperantarakan Agrobacterium tumefaciens telah berjaya dilakukan ke atas pokok N.benthamiana. Sebanyak 4 titisan N. benthamiana transforman telah berjaya dijana. Hasil analisis PCR yang positif telah diperolehi untuk transgen OPKN1, HPT dan GUSA bagi kesemua titisan N. benthamiana transforman. Selain itu, analisis kuantitatif Real-Time PCR (qPCR) mengesahkan bahawa gen OPKN1 telah berjaya diekpreskan secara berlebihan di dalam pokok N. benthamiana transforman dengan pengekspresan sebanyak 90-200 kali lebih tinggi berbanding pokok kawalan jenis liar. Analisis jujukan berautomasi produk RT-PCR gen OPKN1 daripada cDNA N. benthamiana transforman juga mempunyai 100% persamaan dengan jujukan penuh gen OPKN1. Pengekspresan berlebihan gen OPKN1 ini telah menyebabkan penghasilan pokok N. benthamiana yang kerdil berbanding pokok kawalan jenis liar. Selain itu, direkodkan bahawa N. benthamiana transforman mempunyai ketinggian pokok yang lebih pendek, saiz ruas batang yang lebih pendek dan juga saiz daun yang lebih kecil. Saiz bunga dan buah N. benthamiana transforman yang dihasilkan juga lebih kecil dengan kelewatan pokok transforman untuk mula menghasilkan bunga telah direkodkan. Daripada keputusan pencerapan fenotipik yang telah diperolehi mencadangkan bahawa gen OPKN1 terlibat di dalam proses pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 159
Call Number: QK495.P17M839 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119326+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.