Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462675
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrim Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Dalila Shahdan (P62274) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:47Z | - |
dc.date.issued | 2014-07-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119298 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462675 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri dan sifat nanokomposit asid polilaktik (PLA) dan ferit nikel zink (NiZn) dengan modifikasi cecair getah asli (LNR). Adunan matrik polimer dan LNR adalah pada nisbah 90:10. Komposit polimer berpengisi nanozarah magnet (MPNC), PLA/LNR/ferit NiZn disediakan menggunakan mesin penggaul Thermo Haake dengan kaedah pengadunan leburan, dengan peratus berat ferit NiZn yang berbeza daripada 1 hingga 5% berat. Sampel MPNC diproses menggunakan suhu, masa dan kelajuan rotor adunan yang telah ditetapkan iaitu pada 180°C, 15 min., dan 100 rpm. Bagi mendapatkan hasil serakan ferit NiZn yang baik di dalam matriks, pertama sekali rawatan ultrasonik dijalankan bagi mencampurkan LNR dan ferit NiZn bermula daripada masa 0 (tanpa ultrasonik) jam, 1 jam, dan 2 jam ultrasonik. Bagi mengkaji ciri regangan dan nilai optimum ferit NiZn sampel yang menggunakan rawatan ultrasonik dan tanpa rawatan ultrasonic (0 jam ulrasonik), ujian regangan telah dijalankan. Sifat regangan PLA dengan penambahan bahan pengisi ferit NiZn dan LNR sebagai agen penguat dilaporkan diperbaiki. Nilai optimum bahan pengisi diperolehi pada 4% berat ferit NiZn bagi sampel 1 dan 2 jam ultrasonik walaubagaimanapun, bagi sampel tanpa ultrasonik didapati pada 2% berat. Pencirian struktur bagi sampel nanokomposit diperolehi menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM) digandingkan dengan tenaga sebar sinar X mikroanalisis (EDX) menunjukkan terdapat penyebaran ferit NiZn di dalam matrik PLA. Didapati pada komposisi pengisi yang tinggi, pengaglomeratan yang lebih besar terbentuk, tetapi penyebaran ferit NiZn diperbaiki dengan bantuan ultrasonik. Analisis terma dijalankan menggunakan kalorimeter pengimbas berbeza (DSC), penganalisis termogravimetri (TGA), dan analisis mekanikal dinamik (DMA). Keputusan menunjukkan peningkatan pada kestabilan terma dengan peningkatan jumlah bahan pengisi, begitu juga nilai Tg. Histerisis magnet diukur menggunakan magnetometer sampel bergetar (VSM) dalam medan magnet maksimum 12 kOe pada suhu bilik. Keputusan menunjukkan bahawa sifat struktur dan magnet nanokomposit bergantung kepada kandungan ferit dan serakan ferit di dalam matriks. Keputusan yang diperolehi menunjukkan nilai pemagnetan sampel meningkat dengan peningkatan komposisi ferit NiZn. Hasil serakan ferit yang baik di dalam matriks turut mempengaruhi keputusan histerisis magnet yang diukur.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Nanokomposit asid polilaktik (PLA) | - |
dc.subject | Ferit nikel zink (NiZn) | - |
dc.subject | Cecair getah asli | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. | - |
dc.title | Nanokomposit asid polilaktik (PLA)/cecair getah asli (LNR) diperkuat nanozarah ferit nikel zink | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 104 | - |
dc.identifier.callno | TP1180.B55D338 2014 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004709 (2014) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119298+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 723.48 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.