Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462673
Title: | Pencirian fiziko-kimia dan nutrien tanih ultrabes di kawasan terpilih di Semenanjung Malaysia |
Authors: | Nurul Naqirah Shukor (P52544) |
Supervisor: | Sahibin, Prof. |
Keywords: | Tanih ultrabes Semenanjung Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. |
Issue Date: | 31-Dec-2012 |
Description: | Kajian ini dijalankan di kawasan tanih ultrabes yang terletak di Cheroh, Selaru, Felda Rokan Barat, Petaseh, Kelantan Barat dan Sungai Mas. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri fiziko-kimia tanih ultrabes serta menentukan kandungan nutrien tanih ultrabes di setiap kawasan terpilih di Semenanjung Malaysia. Ciri fizik tanih bagi kawasan ultrabes yang ditentukan adalah taburan saiz partikel, ketumpatan kumin, ketumpatan pukal, kandungan bahan organik tanih dan peratus ruang rongga tanih manakala analisis ciri kimia tanih yang terlibat adalah pH tanih, kekonduksian elektrik, kandungan nutrien tersedia dan kandungan logam berat jumlah Ni, Cr, Fe dan Mn. Selain itu, parameter larutresap ion K+ dan NO3-, kandungan ferum oksida, penjerapan fosfat. Bagi analisis geokimia pula, analisis XRF dan XRD dijalankan. Analisis fizikal tanih mendapati tekstur tanih adalah terdiri daripada lempung. Nilai ketumpatan kumin bagi setiap kawasan adalah di antara 2.55 hingga 2.65 gcm-3 dengan peratus ruang rongga 59.86 hingga 63.77 %. Bagi ketumpatan pukal di setiap kawasan kajian pula, nilai yang diperoleh adalah antara 0.92 hingga 1.06 gcm-3. Analisis kimia tanih mendapati tanih bersifat dari asid hingga menghampiri neutral dengan nilai pH berjulat 5.39 hingga 6.64 dan peratusan bahan organik tanih yang rendah iaitu antara 4.16 - 7.75 %, kekonduksian elektrik tanih yang dicatatkan pula bernilai antara 0.85±0.17 - 2.54±0.33 mS/cm. Bagi kandungan nutrien tersedia (K, Mg, P) nilai yang rendah dicatatkan bagi setiap unsur iaitu dalam indeks 0 dan 1. Secara puratanya, di keseluruhan stesen (tanih ultrabes) menunjukkan tertib kehadiran logam berat yang sama. Logam Fe mencatatkan nilai yang paling tinggi di dalam keseluruhan kawasan kajian diikuti Cr. Bagi kadar larutresap ion K+ pula, peratus kadar larutresap adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan ion NO3-. Ini kerana ion K+ lebih mudah bergerak di permukaan tanih berbanding ion NO3-. Kajian ke atas tanih di kawasan kajian menunjukkan kehadiran ferum oksida yang rendah (<1 %). Berdasarkan nilai penyerapan fosfat yang diperolehi bagi setiap stesen, di dapati bahawa setiap tanih mempunyai kadar penyerapan fosfat yang berbeza bergantung kepada pH, tekstur tanih dan kapasiti pertukaran kation tanih tersebut. Daripada kajian, mineral yang hadir dalam sampel tanih Kelantan Barat, Sungai Mas dan Felda Rokan Barat ialah hematit dan goetit. Manakala tanih kawasan Cheroh dan Petaseh mempunyai mineral hematit, goetit dan maghemit. Bagi kawasan Selaru pula, terdapat mineral hematit, goetit, maghemit dan kuarza.Boleh disimpulkan bahawa tanih ultrabes mempunyai sifat fizikal dan kimia yang unik untuk dikaji dalam bidang pertanian. Selain itu, tanih ultrabes didapati berpotensi tinggi untuk pelbagai gunatanah berdasarkan ciri fiziko kimia tanih dan kesesuaian tanih ultrabes itu sendiri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 113 |
Call Number: | S592.7.N846 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119287+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 909.47 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.