Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462672
Title: Penyingkiran radium-226 daripada tanih tercemar radium dengan menggunakan asid humik
Authors: Esther Philip (P53234)
Supervisor: Muhamad Samudi Yasir. Prof.
Keywords: Humic acid
Soil
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 10-Sep-2012
Description: Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membangunkan kaedah penyingkiran 226Ra daripada tanih tercemar Ra dengan menggunakan asid humik (HA) yang diekstrak daripada tanih gambut. Penyingkiran 226Ra dikaji melalui kaedah pembasuhan secara kelompok dan turus. Dalam kajian secara kelompok, pengaruh pelbagai parameter seperti masa sentuhan, pH dan kepekatan larutan HA serta nisbah cecair/pepejal ke ataspenyingkiran 226Ra telah dikaji. Kesan pembasuhan berturutan dan kehadiran ion logam lain turut dikaji. Masa sentuhan selama sekurang-kurangnya 24 jam diperlukan untuk mencapai kadar penyingkiran 226Ra yang memuaskan. Namun begitu, masasentuhan yang lebih lama didapati tidak menyebabkan perubahan yang ketara pada penyingkiran 226Ra. Dalam kajian ini, kepekatan larutan HA yang digunakan dalameksperimen-eksperimen yang seterusnya ialah 100 ppm. Pada kepekatan larutan HAyang lebih rendah, penyingkiran 226Ra juga adalah rendah dan nilainya adalah malar. Sementara itu, pada kepekatan larutan HA yang lebih tinggi, sedikit penurunan dalam penyingkiran 226Ra diperhatikan. Kedua-dua larutan HA dan air suling dengan pH alkali menghasilkan penyingkiran 226Ra yang lebih tinggi berbanding dengan larutan HA dan air suling dengan pH neutral dan asid. Namun begitu, penyingkiran 226Ra adalah lebih tinggi apabila larutan HA digunakan berbanding dengan air suling. Dalam kajian ini, larutan HA yang mempuyai pH 7 digunakan dalam eksperimen-eksperimen yang seterusnya. Nisbah cecair/pepejal yang optimum pula dicatatkan sebagai 20 ml/g. Sebarang pertambahan dalam nisbah cecair/pepejal tidak menyumbang kepada keberkesanan penyingkiran 226Ra. Pembasuhan berturutan dengan menggunakan kedua-dua larutan HA dan air suling baru dalam setiap basuhan meningkatkan penyingkiran 226Ra. Walau bagaimanapun, penyingkiran 226Ra oleh HA adalah lebih tinggi daripada air suling. Kehadiran ion Al3+ tambahan berkepekatan antara 20 - 100 ppm menyebabkan peningkatan dalam penyingkiran 226Ra oleh HA dalam sistem pembasuhan dengan pH akhir sekitar neutral. Kehadiran ion Ca2+ dan Cu2+ dengan kepekatan 20 - 100 ppm pula menyebabkan penurunan dalam penyingkiran 226Ra olehHA. Bagi ion Fe2+ pula, kehadiran ion Fe2+ berkepekatan antara 20 - 60 ppm menyebabkan penurunan dalam penyingkiran 226Ra. Sementara itu, pada kepekatan antara 80 - 100 ppm, kehadiran ion Fe2+ menyebabkan peningkatan dalam penyingkiran 226Ra. Dalam kajian secara turus, penyingkiran 226Ra adalah sangat rendah. HA yang diekstrak boleh digunakan untuk menyingkirkan 226Ra daripada sampel tanih tercemar yang dikaji terutamanya melalui kaedah pembasuhan secara kelompok.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 171
Call Number: TD879.R34E857 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119261+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
707.16 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.