Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462670
Title: Simulasi pasang surut barotropik di perairan Semenanjung Malaysia.
Authors: Lee Siew Jiuan (P52285)
Supervisor: Liew Juneng, Dr.
Keywords: Barotropik
Simulasi
Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 1-Nov-2012
Description: Dinamik pasang-surut di kawasan persisiran pantai di Semenanjung Malaysia dikaji melalui simulasi berangka dengan menggunakan Princeton Ocean Model (POM) yang diringkaskan kepada versi dua-dimensi. Model dengan grid mendatar yang beresolusi 1/18° x 1/18° (kira-kira 6 km) digunakan dalam kajian ini. Batimetri dibangunkan dengan menggunakan set data ETOPO2 dari National Geophysical Data Center (NGDC) yang kemudian diinterpolasikan kepada grid model. Sempadan-sempadan POM didaya dengan lapan komponen pasang-surut utama (M2, S2, N2, K2, K1, O1, P1, dan Q1) yang diperolehi dari Oregon State University (OSU) global inverse tidal model (TPXO7.2). Anjakan fasa dan pembetulan modulasi nodal dilakukan ke atas amplitud dan fasa pasang-surut sebelum dimasukkan ke dalam model. Tujuan utama anjakan fasa adalah untuk memastikan fasa pasang-surut yang akan dimasukkan ke dalam model konsisten dengan fasa pasang-surut data cerapan. Manakala pembetulan modulasi nodal dijalankan ke atas komponen pasang-surut lunar sahaja untuk meningkatkan ketepatan hasil simulasi. Data ketinggian aras laut setiap jam dari 11 stesen tolok pasang-surut yang terletak di sekitar Semenanjung Malaysia diperolehi dari University of Hawaii Sea Level Center (UHSLC). Analisis harmonik dilakukan ke atas data cerapan untuk mengecualikan pengaruh daripada angin serta komponenkomponen pasang-surut lain yang tidak diperlukan. Pengesahan model terhadap data cerapan menunjukkan korelasi yang tinggi di kebanyakan stesen kecuali beberapa stesen yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Nilai perbezaan punca kuasa dua min (RMSD) tertinggi bagi komponen semidiurnal dan diurnal dicatatkan di Tg. Keling dan Tg. Sedili masing-masing. Siri masa di dua stesen tersebut menunjukkan bahawa amplitud dari hasil simulasi model kurang konsisten dengan data cerapan. Komponen pasang-surut M2 menunjukkan perbezaan yang lebih besar dalam nilai RMSD disebabkan oleh kesensitifannya kepada topografi dasar laut berbanding dengan komponen-komponen yang lain. Eksperimen ini menunjukkan bahawa komponen M2 merupakan komponen pasang-surut yang paling kuat di kawasan kajian ini. Ia menjadi semakin kuat dan mencapai amplitud maksimum apabila memasuki Selat Melaka akibat daripada kesan kesempitan. Walau bagaimanapun, komponen M2 lebih lemah di pantai timur Semenanjung Malaysia berbanding dengan komponen diurnal. Komponen K1 dan P1 yang mempunyai magnitud yang hampir sama, merupakan komponen pasang-surut diurnal yang paling dominan di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Corak yang sama boleh diperhatikan dalam arus dan fluks tenaga pasang-surut, di mana arus dan fluks tenaga bagi komponen semidiurnal lebih kuat di pantai barat manakala komponen diurnal lebih signifikan di sebelah pantai timur. Nisbah pasang-surut menunjukkan jenis pasang-surut semidiurnal adalah dominan di pantai barat manakala jenis campuran, sama ada semidiurnal atau diurnal adalah dominan di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia.,Tesis ini tidak ada perakuan Sarjana/ Doktor Falsafah,Sarjana
Pages: 62
Call Number: GC301.2.L434 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119227+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
979.68 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.