Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462669
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ismail Sahid, Prof. | - |
dc.contributor.author | Siti Humaira Haron (P52308) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:45Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:45Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119223 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462669 | - |
dc.description | Satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti insektisid yang sering digunakan dalam kawasan pertanian MADA dan korelasi kepekatan insektisid tersebut dalam jumlah zarahan terampai, air hujan dan tali air. Data kajian seperti jenis/kuantiti pestisid dan lainlain di peroleh melalui soal selidik terhadap pesawah-pesawah kawasan kajian manakala sampel jumlah zarahan terampai, air hujan dan air di tali air diambil dari empat kawasan persampelan yang berbeza di MADA, Kedah. Sampel jumlah zarahan terampai diperoleh dengan menggunakan pensampelan isi padu tinggi (HVS) yang dilengkapi dengan kertas turas bergentian kaca dalam tempoh 24 jam. Sampel air hujan dikumpul dari kawasan kajian pada selang masa sebulan untuk tempoh 5 bulan (September 2010- Mac 2011). Manakala sampel air di tali air diambil menggunakan pensampel Botol Kemmerer. Pengekstrakan fasa pepejal (SPE) digunakan untuk menentukan sisa endosulfan, sipermetrin dan klorpirifos dalam sampel air. Sampel air di tapis menggunakan kertas penapis (0.45μm) untuk mengasingkan zarahan terampai. Untuk menentukan sisa pestisid dalam sampel air, kartrij C18 ekstrak fasa pepejal (SPE) digunakan. Penentuan pestisid telah ditentukan menggunakan gas kromatografi pengesan mikro penangkap elektron (GC-ECD). Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa pesawah di Kedah menggunakan endosulfan (17%), sipermetrin (37%) dan klorpirifos (13%) sebagai insektisid utama. Di dapati sisa pestisid adalah lebih tinggi pada musim kering. Hasil kajian mendapati semua sampel telah dicemari dengan tiga insektisid iaitu endosulfan, sipermetrin dan klorpirifos. Analisis makmal mendapati kepekatan endosulfan sulfat lebih tinggi dalam jumlah zarahan terampai (55 pg/m3 ), air hujan (0.078 μg/mL) dan air (0.098 μg/mL) berbanding dengan �-endosulfan dan ?-endosulfan (p<0.05), manakala kepekatan endosulfan (52%), klorpirifos (75%) dan sipermetrin (71%) adalah lebih tinggi pada musim kering (September - Disember 2010) berbanding musim basah (Januari-Mac 2011) dalam fasa jumlah zarahan terampai. Terdapat korelasi yang signifikan (p<0.05) di antara kepekatan endosulfan sulfat dengan �-endosulfan dan ?-endosulfan. Kepekatan sipermetrin adalah tinggi dalam fasa air hujan (kering,3.56 μg/mL; basah, 2.86 μg/mL) dan air (kering, 4.29 μg/mL; basah, 3.97 μg/mL) pada musim kering dan basah, manakala kepekatan klorpirifos pula adalah tinggi dalam zarahan terampai bagi musim kering (543 pg/m3 ). Hasil kajian menunjukkan bahawa pestisid dalam zarahan terampai, air hujan dan air di kawasan pertanian, MADA Kedah adalah lebih tinggi pada musim kering berbanding pada musim hujan. Nilai-nilai yang tinggi pada musim kering adalah disebabkan oleh proses fizikal, kimia serta faktor-faktor meteorologi seperti kelajuan angin, suhu serta jumlah hujan yang turun.,Tesis ini tidak ada perakuan Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Agriculture | - |
dc.subject | Pesticides | - |
dc.subject | Kedah | - |
dc.subject | Malaysia | - |
dc.subject | Insecticides | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. | - |
dc.title | Kajian mengenai sisa pestisid di kawasan penanaman padi, MADA Kedah. | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 131 | - |
dc.identifier.callno | TD196.P38S587 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002696 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119223+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 705.77 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.