Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462668
Title: | Kesan antioksidan terhadap sifat mekanik dan fizikal biokomposit polietilena hibrid berpenguat serbuk kayu dan sekam padi. |
Authors: | Mohd Hafizuddin Ab Ghani (P52449) |
Supervisor: | Sahrim Ahmad, Prof. Dr. |
Keywords: | Antioxidants Bio-composite polyethylene Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. |
Issue Date: | 30-Dec-2011 |
Description: | Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan sifat fizikal dan mekanik bahan biokomposit polietilena berpenguat hibrid serbuk kayu dan sekam padi berkomposisi tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan tiga jenis mesin penyemperit yang berbeza. Selain itu, penyelidikan ini turut melibatkan kajian tentang kesan penambahan antioksidan (AO) terhadap jangka hayat biokomposit yang dihasilkan. Lima sampel yang mengandungi kandungan antioksidan yang berbeza disediakan dengan menggunakan tiga jenis mesin penyemperit iaitu masing-masing skru tunggal, skru berkembar searah dan skru berkembar arah berlawanan. Kelima-lima sampel tersebut mempunyai komposisi AO yang berbeza, iaitu sebanyak 0.0, 0.1, 0.3, 0.5 dan 0.7 bt%. AO digunakan sebagai agen antipengoksidaan, manakala sampel yang tidak mengandungi AO dijadikan sebagai sampel kawalan. Sifat kekuatan regangan, lenturan, hentaman dan serapan lembapan telah dikaji. Kajian pemeriksaan morfologi dan analisis mekanik dinamik dijalankan dengan masing-masing menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM) dan penganalisis mekanik dinamik terma (DMTA). Analisis terma turut dijalankan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah analisis terma gravimetri (TGA) dan kalorimeter imbasan perbezaan (DSC). Analisis TGA dilaksanakan bagi menentukan suhu penguraian sampel, manakala DSC pula untuk mengukur tahap pengoksidan yang berlaku pada sampel. Keputusan kajian menunjukkan sampel yang dihasilkan dengan menggunakan mesin penyemperit skru bekembar searah dengan kandungan antioksidan sebanyak 0.5 bt% mempunyai sifat fizikal dan mekanik yang lebih baik berbanding sampel yang lain. Ini menjelaskan penggunaan antioksidan yang paling efektif dalam penghasilan biokomposit polietilena berpenguat hibrid serbuk kayu dan sekam padi berkomposisi tinggi adalah sebanyak 0.5 bt%. Selain itu, kajian ini turut membuktikan bahawa mesin penyemperit jenis skru berkembar searah dapat menghasilkan sampel yang mempunyai sifat fizikal dan mekanik yang lebih baik berbanding sampel yang dihasilkan dengan menggunakan mesin penyemperit jenis yang lain. Oleh kerana proses penghasilan biokomposit merupakan salah satu faktor utama yang menentukan sifat mekanik dan fizikal bahan, penyelidikan ini dapat memberi panduan yang lebih jelas dalam menggunakan kaedah yang paling berkesan untuk menghasilkan bahan komposit berpenguat gentian asli.,Tesis ini tidak ada perakuan Sarjana/ Doktor Falsafah,Sarjana |
Pages: | 110 |
Call Number: | TP159.A5M84 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Size | Format | |
---|---|---|---|
ukmvital_119220+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 698.18 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.