Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462664
Title: Penghasilan sistem kultur ampaian dan analisis metabolit sekunder bagi Mitragyna speciosa
Authors: Nor Nahazima Mohamad Zuldin (P46899)
Supervisor: Ismanizan Ismail, Prof. Madya Dr
Keywords: Rubiaceae
Plant cell culture
Issue Date: 3-Aug-2012
Description: Mitragyna speciosa merupakan tumbuhan herba natif daripada famili Rubiaceae yang mengandungi pelbagai alkaloid psikoaktif penting terutamanya mitraginina. Penggunaan kultur in vitro dikaji sebagai alternatif kepada sumber pengekstrakan alkaloid dan manipulasi kesan elisitor dan prekursor dalam kultur tisu dijalankanbagi meningkatkan pengeluaran mitraginina. Kesan pengawalatur pertumbuhan tumbuhan asid diklorofenoksi asetik (2,4-D) berbeza kepekatan diuji terhadap penghasilan kalus pada eksplan berbeza di atas medium Woody Plant medium (WPM). Peratus kalus induksi paling optimum diperoleh daripada eksplan petiol yang dikulturkan diatas medium WPM+4mgL-12,4-D dengan peratusan sebanyak 70.83%. Petiol kemudiannya digunakan sebagai eksplan untuk mengkaji kesan kombinasi kinetin bersama 2,4-D dan kombinasi asid α-naftalenasetik (NAA) bersama 6-benzilaminopurin(BAP) pada aras kepekatan berbeza terhadap peratus penginduksian kalus. Kombinasi kinetin dan 2,4-D tidak dapat memberikan kombinasi yang baik terhadap peratus induksi kalus namun kombinasi antara NAA dan BAP menunjukkan peratus induksi kalus optimum dicapai dengan perlakuan WPM+0.5 mgL-1BAP+4 mgL-1 NAA (50%). Kalus yang terhasil dipindahkan ke dalam medium cecair dan digoncang bagi menghasilkan kultur ampaian M. speciosa. Analisis menunjukkan pengkulturan pada medium WPM+3 mgL-1 2,4-D dipilih sebagai medium kultur ampaian terbaik dengan memberikan jumlah isipadu sel termendak paling tinggi berbanding perlakuan lain iaitu 9.47±0.47 mL. Kesan sukrosa berbeza kepekatan memberikan peratus sel termendak paling optimum dicapai pada 3% sukrosa iaitu 9.33±0.22 mL manakala kesan penambahan asid amino menunjukkan sel termendak paling tinggi dicapai dengan perlakuan 100 mgL-1 glutamin iaitu 10.3±0.29 mL. Ujian kualitatif dan kuantitatif mitraginina dalam kultur ampaian sel ini telah diuji menggunakan kaedah analisis kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC). Elisitasi menggunakan elisitor ekstrak yis dan asid salisilik berbeza kepekatan (100 mgL-1, 250 mgL-1dan 500 mgL-1) pada tempoh pengkulturan yang berbeza menunjukkan kandungan mitraginina paling optimum diperoleh dengan perlakuan 250 mgL-1 yis ekstrak selama enam hari (9.28±0.08 ppm) manakala elisitasi menggunakan asid salisilik tidak memberikan perbezaan yang signifikan berbanding perlakuan lain. Kesan prekursor triptofan dan loganin berbeza kepekatan dan tempoh pengkulturan berbeza turut dikaji terhadap produktiviti mitraginina dalam kultur ampaian M. speciosa. Analisis kuantitatif HPLC menunjukkan kepekatan mitraginina paling tinggi dicapai menggunakan 3 μM triptofan pada tempoh enam hari iaitu 13.23±1.98 ppm manakala pengkulturan dengan prekursor loganin pula tidak menunjukkan kesan yang berbeza di mana kandungan mitraginina paling tinggi hanya dicapai pada 3.03±0.17 ppmmenggunakan 9 μM loganin.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 142
Call Number: QK495.R85N647 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119044+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.