Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462663
Title: Mangkin asid berasaskan cecair ionik untuk tindak balas pengesteran asid lemak
Authors: Zalita Yaacob (P46419)
Supervisor: Mohd Ambar bin Yarmo, Prof. Dr.
Keywords: Fatty acids
Organic compounds
Esters
Issue Date: 30-Aug-2012
Description: Tindak balas pengesteran kebiasaannya menggunakan mangkin homogen konvensional seperti H2SO4, H3PO4 atau PTSA dan terdapat beberapa masalah menggunakan mangkin homogen ini iaitu, toksik, menghakis, mencemarkan alam sekitar, sangat sukar dipisahkan daripada hasil serta tidak dapat diguna semula. Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan mangkin cecair ionik (IL) berasid dalam tindak balas pengesteran. Ini kerana sifat istimewa IL yang tidak meruap serta mangkin IL berasid ini senang dipisahkan daripada hasil kerana membentuk bifasa dengan hasil dan boleh diguna berulang kali. Dalam kajian ini, dua jenis ILs yang digunakan iaitu IL jenis imidazolium, BMI.NTf2 (1-n-butil-3-metilimidazolium bis(trifuorometilsulfonil)imida) dan juga IL jenis kolina klorida (ChCl). Dua jenis asid Bronsted seperti H2SO4 dan HClO4 serta tiga jenis asid Lewis seperti ZnCl2, FeCl3 dan SnCl2 telah dikombinasi bersama IL BMI.NTf2 dan juga garam ChCl bagi menjadikan ILs dalam keadaan berasid. Kemudiannya IL berasid BMI.NTf2/H2SO4 disokong di atas penyokong SiO2 dan Al2O3 untuk menjadikannya mangkin ILs berpenyokong (SILCA). Tindak balas pengesteran asid lemak menggunakan mangkin ILs berasid yang dibangunkan dijalankan dengan kaedah refluks. Mangkin ILs berasid bagi kombinasi BMI.NTf2/H2SO4, BMI.NTf2/ZnCl2 dan [ChCl][H2SO4] masing-masing menunjukkan keaktifan mangkin yang agak tinggi 89.2%, 84.2%, 88.1% kecuali kombinasi ChCl bersama asid Lewis ([ChCl][ZnCl2]) menunjukkan aktiviti pemangkinan yang rendah (19.5%) serta keselektifan keseluruhan mangkin ini adalah 100% dalam tindak balas pengesteran asid laurik dengan metanol. Ini kerana keasidan mangkin dipengaruhi oleh jenis asid yang dikombinasikan. Hasil analisis FTIR menunjukkan tiada regangan baru terbentuk melalui perbandingan keputusan analisis FTIR antara BMI.NTf2 dan ChCl dengan kombinasinya bersama asid Bronsted dan asid Lewis. Ini menunjukkan kombinasi-kombinasi ini hanya merupakan campuran fizikal sahaja. Hasil analisis 1H NMR pula, isyarat 1H NMR yang berganda muncul setelah BMI.NTf2 dikombinasi bersama asid Bronsted dan asid Lewis disebabkan kehadiran pasangan-pasangan ion yang berbeza dalam larutan tersebut tetapi tiada sebarang isyarat 1H NMR baru antara ChCl dengan kombinasinya. Mangkin SILCA BMI.NTf2/H2SO4/SiO2 menunjukkan keaktifan (83.0%) dan keselektifan (100%), manakala mangkin BMI.NTf2/H2SO4/Al2O3 menunjukkan keaktifan yang semakin berkurang (33.1%) dan keselektifan (100%) dalam tindak balas pengesteran asid laurik dengan metanol. Ini disebabkan mangkin BMI.NTf2/H2SO4/SiO2 adalah lebih berasid berbanding mangkin BMI.NTf2/H2SO4/Al2O3. Analisis menggunakan TPDNH3 mendapati bahawa mangkin BMI.NTf2/H2SO4/SiO2 mempunyai jumlah tapak asid kuat yang lebih banyak (22,170.54 mmol NH3/g) berbanding dengan mangkin BMI.NTf2/H2SO4/Al2O3 (18,639.59 mmol NH3/g). Analisis permukaan menggunakan teknik XPS menunjukkan terdapat unsur-unsur seperti unsur C1s, F1s, O1s, N1s, S2p yang hadir pada permukaan mangkin SILCA. Analisis ini menunjukkan tiada interaksi kimia antara IL dengan penyokong. Kebolehan dijana semula bagi mangkin BMI.NTf2/H2SO4 dan BMI.NTf2/H2SO4/SiO2 adalah sukar dalam tindak balas seterusnya kerana kuantiti H2SO4 yang bertindak untuk meningkatkan aktiviti pemangkinan BMI.NTf2 telah terlarut resap ke dalam sistem akueus semasa tindak balas. Walaupun begitu, mangkin ILs berasid yang dikaji merupakan mangkin hijau yang mana berpotensi sebagai menggantikan mangkin homogen konvensional.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 149
Call Number: QD305.A2Z338 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119039+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
28.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.