Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462662
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSiti Nur Hasanah Mohd Yusuf (P72632)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:42Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:42Z-
dc.date.issued2019-01-18-
dc.identifier.otherukmvital:118781-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462662-
dc.descriptionGlukoamilase (EC 3.2.1.3) merupakan sejenis enzim yang mengurai rantaian glikosil α-1,4 dan α-1,6. Glukoamilase tersuai sejuk tidak banyak dikaji dan tidak pernah dihasilkan secara rekombinan menggunakan Escherichia coli dan Pichia pastoris. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan aktiviti glukoamilase daripada yis psikrofil, Glaciozyma antarctica PI12 dan memencilkan gen mengekod glukoamilase serta menghasilkan protein rekombinannya untuk pencirian protein. Penghasilan glukoamilase daripada G. antarctica PI12 diaruh dengan kanji boleh larut sebagai sumber karbon utama. Aktiviti enzim glukoamilase ekstrak kasar ditentukan dengan menjalankan asai terhadap kanji boleh larut sebagai substrat pada suhu rendah antara 15°C dan 30°C. Hasil pengasaian enzim glukoamilase ekstrak kasar G. antarctica menunjukkan aktiviti keseluruhan enzim adalah 1.2 U/mL. Untuk menentukan ciri biokimia enzim, gen glukoamilase daripada G. antartica PI12 dipencil dan protein rekombinan dihasilkan menggunakan hos pengekspresan E. coli dan P. pastoris X-33. Pencarian gen glukoamilase di pangkalan data genom G. antarctica PI12 telah mengenal pasti kewujudan dua gen mengekod glukoamilase (GaGlu62 dan GaGlu76). Hasil analisis menggunakan beberapa perisian bioinformatik menunjukkan bahawa gen GaGlu62 dan GaGlu76 mempunyai domain glukoamilase dan glikosida hidrolase famili 15 serta dikelompokkan dalam kumpulan glikosida hidrolase famili 15 menerusi analisis pohon filogenetik. GaGlu62 dan GaGlu76 diramal sebagai protein intrasel yang stabil dan mempunyai kestabilan terma yang tinggi. Seterusnya, glukoamilase rekombinan dihasilkan menggunakan dua hos pengekspresan iaitu E. coli and P. pastoris X-33. Beberapa parameter telah diubah suai seperti jenis vektor pengekspresan, hos pengekspresan, suhu pengeraman dan kepekatan aruhan yang berlainan bagi menghasilkan protein rekombinan boleh larut dalam hos pengekspresan E. coli. Walaubagaimanapun, proses pengoptimuman ini tidak berjaya menghasilkan protein rekombinan boleh larut. Seterusnya, pengekspresan protein rekombinan dalam P. pastoris X-33 dilakukan dengan menggunakan medium kompleks yang mengandungi metanol (BMMY). Protein boleh larut tidak dapat dikesan walaupun beberapa langkah pengoptimuman seperti nilai ketumpatan sel sebelum penukaran medium BMMY dan kepekatan bahan aruhan metanol yang berbeza telah dilakukan. Kesimpulannya, penghasilan glukoamilase daripada yis psikrofil, G. antarctica PI12 meningkat apabila kanji boleh larut digunakan sebagai sumber karbon utama. Namun begitu, penghasilan glukoamilase rekombinan dalam hos pengekspresan, E. coli and P. pastoris X-33 tidak berjaya dijalankan walaupun pengoptimuman beberapa parameter bagi memperoleh glukoamilase dalam keadaan larut telah dilakukan.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectYeast-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengklonan dan penghasilan glukoamilase rekombinan daripada yis psikrofil, glaciozyma antarctica PI12-
dc.typetheses-
dc.format.pages148-
dc.identifier.callnoQR151.S568 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004645(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118781+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.