Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462661
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ismanizan Ismail, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Aimi Farehah Omar (P74205) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:41Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:41Z | - |
dc.date.issued | 2019-10-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:118779 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462661 | - |
dc.description | Sesquiterpene merupakan sebatian meruap yang sering digunakan dalam industri makanan, kosmetik dan ubatan. Kefahaman terhadap proses pengawalaturan pengekspresan gen sesquiterpene amat penting bagi tujuan penambahbaikan penghasilan sesquiterpene. Oleh kerana pengawalaturan gen dikawal pada peringkat transkripsi oleh promoter, kajian berkenaan promoter dilakukan dalam kajian ini. Sesquiterpene sintase merupakan enzim penting yang terlibat dalam biosintesis sesquiterpene, ia memangkinkan pembentukan sesquiterpene dari farnesil difosfat (FDP). Dalam kajian ini pemencilan promoter Sesquiterpene sintase dari Persicaria minor (PmSS) dilakukan bagi mengenalpasti kawasan promoter yang berfungsi dan elemen tindakan cis yang terlibat dalam pengawalaturan pengekspresannya. Hasil pemencilan, penjujukan dan analisis in silico promoter PmSS mendapati terdapat pelbagai elemen-elemen tindakan cis putatif yang terlibat dalam tekanan persekitaran dan hormon. Promoter PmSS yang bersaiz 1824 pb serta tiga siri delesi promoter yang bersaiz 1606 pb (PmSSD1), 1144 pb (PmSSD2) dan 921 pb (PmSSD3) diklonkan ke dalam vektor pBGWFS7.0 yang mengandungi gen pelapor β-glucuronidase (GUS). Kesemua konstruk ditransformasikan ke dalam A. thaliana bagi mengkaji tahap aktiviti promoter. Analisis histokimia GUS terhadap A. thaliana transgenik pada usia pertumbuhan berbeza mendapati corak aktiviti GUS adalah konsisten pada setiap konstruk, namun tahap aktiviti GUS adalah berbeza pada usia pertumbuhan berbeza. Hasil analisis histokimia dan fluometrik menunjukkan aktiviti GUS adalah paling rendah pada konstruk promoter PmSSD1 (-1540 hingga +66). Namun begitu, aktiviti GUS pada konstruk PmSSD2 meningkat dengan ketara dan paling tinggi apabila delesi kawasan jujukan -1540 ke -1078 dilakukan. Dapatan ini mencadangkan terdapat elemen pengawalaturan negatif hadir pada kawasan delesi -1540 ke -1078. Manakala, dicadangkan konstruk promoter PmSSD3 bersifat tisu spesifik kerana aktiviti GUS hanya di kesan pada batang anak benih A. thaliana sahaja. Rawatan tekanan persekitaran dan hormon juga dikenakan ke atas A. thaliana transgenik berdasarkan elemen-elemen tindakan cis yang dibuang. Rawatan perlukaan, haba dan ABA mengaruh pengekspresan gen gus pada semua konstruk promoter. Rawatan tekanan kemarau mengaruh pengekspresan gen gus pada semua konstruk kecuali konstruk promoter PmSSD3 yang dibuang motif ABRE. Dicadangkan motif ABRE merupakan elemen penting semasa tekanan kemarau. Hasil kajian ini menunjukkan kawasan jujukan -1540 hingga -1078 adalah bahagian penting yang bertanggungjawab dalam pengawalaturan aktiviti promoter PmSS. Kesemua rawatan tekanan yang diberikan mengaruh aktiviti promoter PmSS serta delesi 5 fragmen promoter PmSS menyebabkan berlaku perubahan terhadap aktiviti promoter apabila diberi rawatan tekanan. Hasil kajian ini mencadangkan promoter PmSS berpotensi dijadikan calon promoter teraruh oleh tekanan persekitaran dan hormon untuk tujuan penambahbaikan tanaman.,Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Sesquiterpenes | - |
dc.subject | Natural products | - |
dc.subject | Chemistry | - |
dc.subject | Organic | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Analisis kefungsian promoter sesquiterpene sintase daripada Persicaria minor | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 149 | - |
dc.identifier.callno | QD416.A386 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004644(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118779+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.