Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462659
Title: | Indol terlakur-ftalida: sintesis, pencirian, aktiviti biologi dan pengikatan ion logam |
Authors: | Sheryn Wong Shue Ling (P88374) |
Supervisor: | Siti Aishah Hasbullah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Antineoplastic agents Drugs -- Analysis Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Dec-2019 |
Description: | Sebatian ftalida dan indol sangat berguna dalam industri farmaseutikal terutamanya sebagai ejen antitumor. Penyelidikan ini melibatkan gabungan kedua-dua moieti yang bersifat bioaktif ini melalui tindak balas pengkupelan dan kondensasi di antara sebatian terbitan indol dan 2-karboksibenzaldehid bagi menghasilkan tujuh sebatian terbitan indol terlakur-ftalida (7 - 13) dan dua produk bisindol (14 dan 15). Antara sebatian-sebatian yang telah dihasilkan dalam penyelidikan ini, sebatian 8, 10, 12, 13 dan 15 merupakan sebatian baru yang belum pernah dilaporkan sebelum ini. Penyelidikan ini berasaskan kaedah sintesis yang mesra alam dan efisien dengan menggunakan teknik penyinaran gelombang mikro dan refluks dalam air, dan penggunaan pelarut kimia yang minima serta kurang toksik. Sebatian-sebatian yang terhasil dicirikan melalui kaedah spektroskopik (UL-BN, IM, RMN dan SJ). Struktur kimia sebatian 7 - 11 dan 14 dapat disahkan melalui kristalografi kimia. Kedua-dua moeiti tersebut didapati berikatan pada karbon enamin. Penyaringan biologi terhadap sebatian terbitan indol terlakur-ftalida menggunakan asai CCK-8 secara in vitro bagi menguji kesan sitotoksik terhadap sel kanser (HL-60 dan HepG2), dan biosensor DNA bagi penyaringan karsinogen turut dijalankan. Secara umum, kesemua sebatian menunjukkan kesan sitotoksik yang sederhana ke atas sel kanser pada kepekatan 100 µM. Sebatian 9 menunjukkan aktiviti antiproliferatif yang terbaik terhadap sel kanser HL-60 dan HepG2 masing-masing dengan nilai IC50 45.4 dan 57.7 µM. Pemerhatian terhadap perubahan morfologi sel HL-60 menyerupai ciri-ciri apoptosis seperti kondensasi kromatin dan fragmentasi nukleus. Sebatian terbitan indol terlakur-ftalida didapati tidak karsinogenik berdasarkan analisis biosensor DNA. Kajian pengikatan antara sebatian (7, 9, 12 dan 13) dengan pelbagai kation logam dijalankan menggunakan kaedah kolorimetri dan kaedah pentitratan ultralembayung boleh nampak (UL-BN). Sebatian 7 dan 9 menunjukkan perubahan warna dengan kehadiran ion Sn2+ dan kajian pentitratan UL-BN menunjukkan kepilihan dan kepekaan yang baik terhadap ion Sn2+ berbanding dengan kation logam lain yang diuji. Nilai pemalar pengikatan (Ka) bagi 7 dan 9 dengan Sn2+ masing-masing adalah 3.58×104 M-1 dan 1.07×104 M-1 (ralat <10%) berdasarkan analisis Benesi-Hildebrand, manakala nisbah stoikiometri pengikatan adalah 1:1 berdasarkan plot Job.,Sarjana |
Pages: | 157 |
Call Number: | RS431.A64W636 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118778+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.