Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462658
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mushrifah Idris, Prof. Dato Sri' Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Hafifi Hashim (P72478) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:40Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:40Z | - |
dc.date.issued | 2019-09-27 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118777 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462658 | - |
dc.description | Hemibagrus capitulum, ikan baung merupakan ikan air tawar yang mempunyai nilai komersial di Malaysia, dan ia boleh dijumpai di Tasik Chini. Hemibagrus capitulum berada dalam suborder Siluridae dan famili Bagridae. Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan genetik populasi H. capitulum di kawasan Tasik Chini dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia berdasarkan jujukan D-loop dan COI daripada genom mitokondria. Sampel ikan H. capitulum diperoleh dari lima lokasi, iaitu Tasik Chini, Sg. Pahang, Sg. Rompin, Sg. Galas dan Sg. Chikus. Pensampelan dijalankan dengan menggunakan kaedah menjaring dan memancing. Sampel tisu diambil daripada sirip dorsal ikan untuk pengekstratan DNA. Kawasan D-loop dan COI diamplifikasikan secara PCR dan jujukan DNA dijanakan terus daripada produk PCR. Penyuntingan dan penjajaran jujukan DNA menggunakan perisian CHROMAS dan BioEdit. Analisis jujukan DNA dan struktur populasi menggunakan perisisan MEGA dan Network. Jujukan D-loop dan COI yang diperoleh bersaiz 408 bp dan 202 bp masing-masing. Sebanyak 10 mutasi kepanjangan bersaiz 1-4 bp berjaya dikesan dalam jujukan D-loop dan tiada mutasi kepanjangan dalam jujukan COI. Julat jarak genetik antara populasi bagi jujukan COI lebih rendah (0.003-0.037) berbanding jujukan D-loop (0.014-0.171). Pohon NJ dan MP berdasarkan data gabungan D-loop dan COI menunjukkan sampel ikan daripada populasi Tasik Chini dan Sg. Pahang tidak dapat dipisahkan dalam pengelompokan. Percampuran antara sampel ikan daripada populasi Tasik Chini dan Sg. Pahang dalam analisis filogenetik juga disokong oleh nilai migrasi per genarasi yang tinggi (Nm = 5.14) dan tiada perbezaan genetik Fst antara populasi. Analisis jaringan haplotip berjaya mengesan 12 haplotip antara populasi Tasik Chini dan Sg. Pahang. Sementara itu, pohon NJ dan MP daripada analisis antara populasi dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia menunjukkan perpisahan antara populasi dari kawasan pantai timur (Tasik Chini, Sg. Pahang, Sg. Rompin dan Sg. Galas) dengan populasi dari kawasan pantai barat (Sg. Chikus). Populasi dari kawasan pantai timur didapati bercampur-campur dalam pengelompokan. Analisis jaringan haplotip berjaya mengesan 20 haplotip antara populasi dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Populasi dari kawasan pantai timur didapati berkongsi haplotip. Kesan daripada pembinaan pintu air di Sg. Chini kelihatan tidak memberi impak ke atas perbezaan genetik H. capitulum antara populasi Tasik Chini dan Sg. Pahang. Perbezaan genetik antara populasi kawsasan pantai timur dan kawasan pantai barat berlaku mungkin disebabkan kedudukan geografi Banjaran Titiwangsa yang memisahkan sistem aliran sungai di Semenanjung Malaysia. Maklumat daripada hasil kajian ini dapat membantu jabatan perikanan dalam merangka program pengurusan dan pemuliharaan genetik ikan baung dan juga spesies ikan lain yang berkomersial tinggi di Malaysia.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Freshwater fishes -- Malaysia | |
dc.subject | Fishes -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Hubungan genetik antara populasi ikan baung Hemibagrus capitulum berdasarkan jujukan mtDNA dari beberapa negeri Semenanjung Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 114 | |
dc.identifier.callno | QL634.M3M624 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004642(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118777+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.