Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462656
Title: Pencirian kerintangan insektisid dalam Aedes Aegypti dari kawasan titik panas denggi
Authors: Siti Futri Farahininajua Fikri (P90287)
Supervisor: Wan Kiew Lian, Prof. Dr.
Keywords: Aedes aegypti
Dengue
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jan-2020
Description: Kawalan kimia menggunakan insektisid kekal sebagai kaedah utama dalam usaha untuk mengawal nyamuk Aedes disebabkan oleh ketiadaan vaksin. Pengesanan kerintangan insektisid adalah penting untuk memastikan aplikasi insektisid dalam program kawalan denggi adalah berkesan. Maka, kajian ini bertujuan menentukan status kerentanan Aedes aegypti yang dikumpul dari lima kawasan titik panas denggi terpilih di Lembah Klang sebagai garis dasar untuk pengurusan kerintangan insektisid di Malaysia. Lima kawasan titik panas denggi yang terpilih adalah Ridzuan Condominium (RC), Seksyen 3 (S3), Seksyen 8 (S8), Taman Sri Kuching (TSK) dan Taman Sungai Jelok (TSJ). Empat jenis piretroid diuji terhadap 100 ekor nyamuk daripada setiap strain lapangan menggunakan protokol bioasai nyamuk dewasa oleh World Health Organization (WHO) untuk menentukan nilai masa 'knockdown' 50% (KT50) dan kematian nyamuk selepas 24 jam. Tiga puluh sampel individu masing-masing digunakan untuk bioasai enzim dan pengesanan mutasi pada gen saluran sodium melalui penjujukan DNA dan tindak balas berantai polimerase secara alel spesifik (AS-PCR) untuk mengetahui mekanisme kerintangan yang terlibat dalam strain yang paling rintang. Kesemua strain lapangan menunjukkan tahap kerintangan yang tinggi terhadap permetrin, sementara pola kerintangan yang pelbagai dapat dilihat apabila diuji terhadap deltametrin, siflutrin dan lambda-sihalotrin, mencadangkan kewujudan kerintangan silang terhadap piretroid. Daripada kesemua strain lapangan, strain RC menunjukkan tahap kerintangan yang paling tinggi terhadap semua jenis piretroid yang diuji. Daripada 30 sampel individu, 13% strain RC menunjukkan peningkatan aktiviti enzim oksidase fungsi campuran (MFO), sementara aktiviti enzim esterase (EST) dan glutation-S-transferase (GST) tidak ditunjukkan. Pengesanan mutasi pada gen saluran sodium dalam 30 sampel individu melalui penjujukan DNA menunjukkan 73% daripada sampel mempamerkan penukaran nukleotida pada kedudukan 1534. Hasil AS-PCR menunjukkan banyak persamaan dengan penjujukan DNA dengan frekuensi sebanyak 40%, masing-masing bagi alel rintang heterozigot (RS) dan rintang homozigot (RR), seterusnya mencadangkan potensi kaedah ini dalam pengesanan mutasi pada gen saluran sodium. Kajian ini menunjukkan kerintangan strain RC terhadap piretroid adalah disebabkan oleh dua jenis mekanisme kerintangan iaitu peningkatan aktiviti MFO dan mutasi pada gen saluran sodium. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai input untuk pengurusan kerintangan insektisid Aedes aegypti di Malaysia.,Sarjana Sains (Biologi Molekul)
Pages: 111
Call Number: QL536.C54.S568 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118774+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.