Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462655
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Fairus Mohd Yusoff, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Noor Faeiza Mohd Noor (P96483) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:39Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:39Z | - |
dc.date.issued | 2019-12-19 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118772 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462655 | - |
dc.description | Getah asli cecair (LNR) adalah sejenis getah asli (NR) dengan mikrostruktur yang sama seperti NR namun mempunyai berat molekul yang lebih rendah. Kajian penghasilan hidrogel berasaskan polimer semula jadi sebagai penjerap molekul pewarna dan logam berat telah menarik minat ramai para penyelidik. Oleh itu, perbezaan kaedah penghasilan hidrogel berasaskan LNR telah dikaji dalam kajian ini. Dua kaedah tersebut adalah kaedah pempolimeran radikal bebas dengan bantuan ultrasonik dan pemanasan secara refluks. Pada mulanya, LNR digabungkan dengan maleik anhidrida (MA) melalui modifikasi pencangkukan dengan menggunakan benzoil peroksida (BPO) sebagai pemula radikal. Seterusnya, LNR-g-MA yang terhasil ditautsilangkan dengan monomer asid akrilik (AA) dengan menggunakan N,N-metilenabisakrilamida (MBA) sebagai agen taut silang dan kalium persulfat (KPS) sebagai pemula. Struktur dan morfologi hidrogel yang terhasil dicirikan dengan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR), analisis termogravimetrik (TGA) dan pancaran medan mikroskopi imbasan elektron (FESEM). Mikrograf FESEM menunjukkan kewujudan liang dengan saiz yang berbeza berdasarkan kaedah yang digunakan. Kaedah terbaik dari kedua-dua teknik ini ditentukan dengan menggunakan kaedah rangsangan permukaan (RSM) dengan reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD) dua-faktor-lima-aras. Kajian penjerapan dari RSM menunjukkan hidrogel dari kaedah pempolimeran bantuan ultrasonik memberikan nilai peratusan penjerapan yang lebih tinggi (93.88%) berbanding penjerapan bagi hidrogel dari kaedah pemanasan refluks (73.98%). Hidrogel berasaskan LNR yang telah disintesis menggunakan kaedah ultrasonik telah digunakan untuk mengkaji penyingkiran pewarna malakit hijau (MG) dari sisa air buangan. Hal ini kerana, hidrogel dari kaedah ultrasonik memberikan nilai peratusan penjerapan pewarna MG yang lebih tinggi iaitu sebanyak 94.13%. Kajian kesan berat bahan penjerap, kepekatan larutan pewarna dan pH turut dijalankan, dan hasil yang di perolehi menunjukkan persekitaran yang berbeza memberikan kadar penjerapan pewarna MG yang berbeza. Keadaan parameter optimum penjerapan MG yang diperolehi melalui kajian ini adalah pada 1.4 g berat hidrogel, 10 mg/L kepekatan awal pewarna dan pH larutan 8. Data bagi penjerapan keseimbangan dianalisis melalui dua model isoterma iaitu model Langmuir dan model Freundlich. Berdasarkan plot yang dibentuk, data menunjukkan model model Freundlich adalah yang paling sesuai digunakan untuk menjelaskan mekanisme penjerapan pewarna MG berbanding dengan model Langmuir. Model ini menjelaskan penjerapan yang berlaku adalah secara heterogen dan berbilang lapis (multilayer). Manakala bagi kajian penjerapan kinetik pula, data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan model kinetik tertib pseudo-pertama dan model kinetik tertib pseudo-kedua. Melalui keputusan yang direkodkan, dapat disimpulkan bahawa proses penjerapan kinetik MG lebih sesuai dijelaskan menggunakan model kinetik tertib pseudo-kedua. Justeru itu, mekanisme penjerapan molekul MG ke dalam permukaan hidrogel adalah secara jerapan kimia. Kemudian, kebolehgunaan semula hidrogel telah dikaji dan direkodkan bahawa hidrogel yang dihasilkan boleh digunakan semula untuk beberapa kitaran (sehingga enam kali).,Sarjana Sains (Kimia) | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Latex | |
dc.subject | Rubber | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kajian penjerapan pewarna malakit hijau menggunakan hidrogel LNR-g-MA/AA | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 94 | |
dc.identifier.callno | TS1890.N636 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004639(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118772+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 362.44 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.