Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462654
Title: | Pembangunan teknik propagasi secara massa Arundina graminifolia menggunakan keratan batang |
Authors: | Sakinah Idris (P90315) |
Supervisor: | Che Radziah Che Mohd. Zain, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Orchids -- Therapeutic use Orchidaceae Plants Medicinal Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Dec-2019 |
Description: | Arundina graminifolia biasanya dibiak melalui biji benih, belahan rumpun dan keikis (aerial plantlet). Kadar pembiakan daripada kaedah ini adalah sangat rendah dan mengambil masa lama untuk memperbanyakkan bahan tanaman. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan teknik propagasi yang berkesan bagi penghasilan plantlet A. graminifolia secara massa dalam tempoh yang singkat. Kajian pemilihan keratan batang yang terbaik bagi penginduksian tunas A. graminifolia dijalankan. Seterusnya kajian perbandingan empat sistem propagasi iaitu sistem rendaman berterusan tertutup (CPIS), sistem rendaman berterusan terbuka (OPIS), sistem pembiakan kapilari tertutup (CCPS) dan sistem pembiakan kapilari terbuka (OCPS) menggunakan keratan batang tiga nod telah dijalankan. Kemudian, kajian pengaruh keamatan cahaya (0%, 20%, 50%, 70%, 90% dan 100% lindungan) dan kesan kehadiran gelembung udara terhadap sistem CPIS untuk tumbesaran tunas paling optimum dijalankan. Seterusnya, dua teknik pengakaran telah digunakan terhadap plantlet yang dihasilkan melalui sistem CPIS iaitu dengan menggunakan, asid naftalena asetik (NAA) dan asid indol-butirik (IBA) pada kepekatan 0, 0.5, 1.0 dan 1.5 ppm terus ke sistem CPIS dan pindah plantlet ke tujuh media penanaman berbeza (cocopeat, vermiculite, cocopeat+vermiculite, cocopeat+perlite, cocopeat+sekam, vermiculite+perlite dan vermiculite+sekam dengan nisbah campuran 1:1 (v/v)). Keputusan daripada pemilihan keratan batang terbaik dapat disimpulkan bahawa penggunaan keratan batang tiga nod pada tahap umur fisiologi muda dan pertengahan dengan posisi tengah dan atas adalah yang terbaik bagi penginduksian mata tunas. Daripada kajian perbandingan empat sistem propagasi yang diuji, didapati bahawa peratus keupayaan hidup dan bertunas pada keratan batang di dalam sistem tertutup (96% dan 86%) adalah lebih tinggi daripada sistem terbuka (88% dan 78%). Sistem CPIS memberi tumbesaran tunas yang terbaik berbanding sistem yang lain. Kemudian, kajian keamatan cahaya menunjukan sistem CPIS di bawah lindungan 90% memberikan keputusan purata lebar (3.54±0.14 mm), ketinggian (22.03±1.32 mm), renggangan (7.44±0.26 mm) dan bilangan daun (4.5±0.5 mm) yang lebih baik berbanding lindungan cahaya yang lain. Penambahan gelembung udara di dalam sistem CPIS memberikan keputusan yang lebih baik terhadap lebar tunas (3.15±0.06 mm), ketinggian tunas (16.15±1.27 mm), renggangan tunas (10.56±2.08 mm) dan panjang akar (1.28±0.23 mm) berbanding sistem propagasi tanpa gelembung udara (lebar tunas (2.91±0.07 mm), ketinggian tunas (13.90±0.83 mm), renggangan tunas (6.66±0.54 mm) dan tiada akar terhasil). Seterusnya, kajian terhadap pengakaran awal pada tunas A. graminifolia didapati bahawa penggunaan 1.5 ppm NAA mencatatkan purata panjang akar terpanjang iaitu 17.18±4.45 mm dalam tempoh 8 minggu, manakala pengakaran menggunakan media menunjukkan purata panjang akar terpanjang ialah di dalam media cocopeat+sekam (22.20±1.46 mm) dalam tempoh 14 minggu. Kesimpulannya, sistem CPIS dengan kehadiran gelembung udara, di bawah lindungan 90% dengan penggunaan hormon 1.5 ppm NAA dapat mempercepatkan penghasilan planlet A. graminifolia secara massa dalam tempoh yang singkat, mudah, murah dan berkesan.,Sarjana Sains |
Pages: | 95 |
Call Number: | QK495.O64S235 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118771+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.