Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462651
Title: | Kajian variasi ruang dan masa plum Sungai Pahang menggunakan imej satelit |
Authors: | Mohamad Amizam Abdul Jabbar (P57430) |
Supervisor: | Dr. Tukimat Lihan |
Keywords: | Artificial satellites in remote sensing Rivers-Malaysia-Pahang |
Issue Date: | 2-Jul-2014 |
Description: | Aliran luahan sungai di muara yang dikaitkan dengan bahan terampai dan bahan pencemar meninggalkan impak yang besar terhadap ekosistem marin. Memahami dinamik dan corak sebaran plum Sungai Pahang adalah penting bagi pengurusan kualiti air dan produktiviti biologi di kawasan muara. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan saiz, variasi plum Sungai Pahang dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Imej satelit satu km resolusi ruang normalized water-leaving radiance, (nLw 488, 531 and 551) daripada Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) pada satelit Aqua dianalisa untuk tempoh 2005-2010. Satu skema pengkelasan tidak berselia yang menggunakan tiga jalur normalized water-leaving radiance yang mempunyai statistik spektral signatur tersendiri digunakan untuk menentukan kelas permukaan jasad air berdasarkan kepada ciri-ciri optikalnya. Plum Sungai Pahang menunjukkan pembentukan saiz terbesar pada monsun timur laut dan terkecil pada monsun barat daya. Signatur spektral plum sungai mencatatkan nilai pantulan yang tinggi pada Monsun Timur Laut dan rendah pada Monsun Barat Daya. Hasil kajian menunjukkan bahawa taburan plum sungai mempunyai kepelbagaian bentuk dan arah yang tinggi. Kepelbagaian plum sungai ini diringkaskan menggunakan analisis Fungsian Empirikal Ortogon (EOF). EOF digunakan untuk menerangkan variasi ruang dan masa plum menggunakan anomali purata bulanan imej nLw (551). Analisis EOF menunjukkan bahawa terdapat lima mod yang menerangkan variasi ruang dan masa plum sungai dengan jumlah 77.4% daripada jumlah varian. Mod pertama (54% daripada varian) menunjukkan bahawa plum sungai tersebar sepanjang kawasan pantai mempunyai variasi tertinggi dalam corak ruangan dan menunjukkan kitaran musiman. Mod kedua menjelaskan 8% daripada variasi ruang dan masa yang menunjukkan penyebaran sepanjang pantai dan luar pesisir, menerangkan kesan pengaruh Monsun Timur Laut. Mod ketiga (6.2% daripada varian) menerangkan penyebaran plum ke luar pesisir pada bulan Oktober dan November yang boleh dikaitkan dengan peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut. Mod keempat (4.8% varian) yang berkaitan dengan peralihan Monsun Timur Laut ke Barat Daya, menerangkan pergerakan plum sungai dari muara sungai ke arah selatan. Sementara, mod kelima (4.4% varian) menunjukkan taburan plum ke utara yang boleh dikaitkan dengan Monsun Barat Daya. Berdasarkan analisis terhadap ciri optikal permukaan air di muara Sungai Pahang menunjukkan saiz plum adalah tidak menentu dan dipengaruhi oleh purata hujan bulanan. Manakala variasi taburan plum di sepanjang kawasan muara Sungai Pahang adalah tinggi dan dipengaruhi oleh jumlah hujan, magnitud dan arah tegasan angin serta arus permukaan lautan. Penggunaan imej dari satelit penderiaan jauh boleh digunakan untuk memerhati dan menilai ciri-ciri pembentukan dan taburan plum di kawasan muara supaya dapat menjadi garis panduan dalam merancang aktiviti perikanan dan menguruskan aktiviti guna tanah yang efektif di kawasan lembangan Sungai Pahang agar kawasan muara dan persisiran pantai terus terpelihara.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 126 |
Call Number: | TL798.S3M833 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118707+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.