Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462644
Title: Penentuan kapasiti antioksidan hidrolisat sarang burung walit (Aerodramus Fuciphagus) yang diperoleh dari gua di Sarawak
Authors: Nurul Nadia Muhammad (P70773)
Supervisor: Abdul Salam Babji, Prof. Dr.
Keywords: Protein hydrolysates
Edible birds nests -- Sarawak
Antioxidants
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Feb-2017
Description: Sarang burung walit (SBW) dari spesies Aerodramus fuciphagus yang dihasilkan oleh air liur burung walit dianggap sebagai suatu hidangan dan ubatan yang berkesan selain meningkatkan kecantikan terutamanya oleh masyarakat Cina di seluruh dunia. Memandangkan ianya membekalkan sumber glikoprotein yang tinggi, hidrolisat SBW dijangka berpotensi mengandungi ciri-ciri berfungsi yang boleh dikomersialkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai kapasiti antioksidan dalam protein dari SBW serta pecahan peptidanya yang dihasilkan melalui hidrolisis berenzim menggunakan dua jenis enzim (alkalase dan papain). Analisis elektroforesis dijalankan untuk mengenalpasti taburan berat molekul dalam sampel SBW manakala proses ultra-penurasan dilakukan untuk mendapatkan pecahan peptida yang mempunyai berat molekul berbeza (>10 kDa, <10 kDa >3 kDa, <3 kDa). Hasil kajian ke atas kandungan proksimat SBW mentah mendapati ianya mengandungi peratusan protein yang tertinggi iaitu sebanyak 61.57% diikuti dengan karbohidrat (23.76%), kelembapan (12.47%), abu (1.70%), dan lemak (0.50%). Hidrolisat protein SBW yang dihidrolisis selama dua jam menunjukkan darjah hidrolisis meningkat dari 14% kepada 69.84%-91.77%. Analisis elektroforesis menunjukkan SBW mentah mempunyai berat molekul protein di antara 51.3 kDa hingga 123.0 kDa dan penggunaan enzim protease berjaya menghasilkan berat molekul protein SBW yang lebih rendah dari 51.3 kDa. Bagi analisis kapasiti antioksidan pula, SBW-alkalase menunjukkan aktiviti pemerangkapan radikal DPPH dan ABTS yang tinggi berdasarkan nilai IC50 yang rendah (0.2643 ±0.05 mg/mL dan 1.619 ± 0.06 mg/mL) berbanding papain (1.3972 ± 0.10 mg/mL dan 2.9073 ± 0.20 mg/mL). Seterusnya, penentuan kandungan peptida ke atas pecahan peptida SBW menunjukkan nilai kandungan peptida semakin berkurang apabila berat molekul SBW berkurang. Aktiviti pemerangkapan radikal DPPH dan ABTS+ serta aktiviti kuasa penurunan turut menunjukkan pengurangan apabila berat molekul SBW semakin rendah. Sebagai kesimpulan, hidrolisis berenzim telah meningkatkan ciri-ciri berfungsi dalam SBW di samping menghasilkan peptida antioksidatif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana
Pages: 105
Call Number: QP609.N846 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118426+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
253.45 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.