Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462643
Title: Pencirian sifat geomekanik batu kapur di lokasi terpilih, Semenanjung Malaysia
Authors: Nur Ailie Sofyaiana Serasa (P78435)
Supervisor: Goh Thian Lai , Dr.
Keywords: Limestone -- Malaysia
Rock mechanics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Aug-2016
Description: Tegasan yang bertindak terhadap batuan pada setiap kedalaman merupakan satu kitar proses yang berterusan, dan ia berbeza daripada segi asal-usul, magnitud dan arah. Lokasi kawasan kajian terdiri daripada beberapa kawasan terpilih di Semenanjung Malaysia iaitu Gua Tempurung, Gua Kandu, Gunung Rapat dan Gunung Lang di Perak; Gunung Keriang di Kedah; dan Gua Damai di Selangor. Sebanyak 11 jenis ujian mekanik batuan telah dijalankan bagi mencirikan sifat-sifat geomekanik bahan batuan. Nilai purata bagi ketumpatan pukal, ketumpatan kering dan keliangan masing-masing adalah 2690±10 kg/m3, 2688±10 kg/m3 dan 0.54±0.08%. Nilai purata bagi kekuatan mampatan sepaksi yang mengalami kegagalan bahan, kegagalan bahan & ketakselanjaran, dan kegagalan ketakselanjaran masing-masing adalah 76.7±4.8 MPa, 40.1±4.1 MPa dan 22.6 MPa. Nilai purata bagi indeks kekuatan beban titik yang mengalami kegagalan bahan, kegagalan bahan & ketakselanjaran, dan kegagalan ketakselanjaran masing-masing adalah 3.4±0.2 MPa, 1.6±0.2 MPa dan 0.7±0.2 MPa. Nilai purata kekuatan regangan yang mengalami kegagalan bahan, kegagalan bahan & ketakselanjaran, dan kegagalan ketakselanjaran masing-masing adalah 7.1±0.4 MPa, 4.1±0.3 MPa dan 2.4 MPa. Hubungan UCS = 22.5 Is(50) dan persamaan polinomial σt = -0.3716 • Is(50)2 + 3.235 Is(50) + 0.282 telah diterbitkan bagi menganggar nilai kekuatan mampatan sepaksi dan kekuatan regangan daripada nilai indeks kekuatan beban titik. Hasil daripada ujian kekuatan bahan batuan menunjukkan bahawa apabila wujudnya ketakselanjaran, kekuatan bahan batuan menyusut sebanyak ≈41% sehingga ≈56% daripada nilai purata kekuatan bahan batuan utuh, bergantung kepada jenis ujian yang dijalankan. Nilai purata kekuatan pantulan tukul Schmidt adalah diantara 21±0.4 sehingga 28±0.9 dengan purata keseluruhan sebanyak 28±0.2. Nilai purata halaju gelombang P dan S masing-masing adalah 5730 ± 100 m/s dan 3230 ± 90 m/s. Daripada hubungan diantara nilai halaju gelombang P dan halaju gelombang S, nisbah Poisson, Vs/Vp dan Vp/Vs masing-masing adalah 0.27, 0.58 dan 1.77. Sebanyak 9 persamaan logaritma telah diterbitkan berdasarkan hubungan atribut fizik batuan Vs, Vp, E, G, κ,AI, SI, λρ dan µρ dengan tegasan berkesan. Persamaan ini adalah Vs = 210.56 ln (σ’) +1767, Vp = 339.68 ln (σ’) + 2850, E = 0.9048 ln (σ’) + 0.4576, G = 3.858 ln (σ’) + 1.499,κ = 4.892 ln (σ’) + 1.902, AI = 908.8 ln (σ’) + 7837, SI = 563.57 ln (σ’) + 4859, λρ =(6.2 x 106) ln (σ’) + (3 x 106) dan µρ = (1.035 x 107) ln (σ’) + (5 x 106). Sudut geseran asas yang diperolehi daripada ujian kemiringan dan ujian kotak ricih masing-masing adalah 30.0 ± 0.2° dan 36.7 ± 5.6°. Persamaan polinomial ϕp = -0.0635PKK2 + 3.95PKK + 25.2 telah diterbitkan untuk menganggar sudut geseran puncak kekasaran permukaan ketakselanjaran daripada ukuran PKK di lapangan. Daripada sampul kegagalan Mohr-Coulomb, nilai-nilai ϕu1, ϕu2, Cu1 dan Cu2 masing-masing adalah 48.2°, 37.1°, 9.9 MPa dan 15.9 MPa. Berdasarkan ujian kekuatan mampatan tiga paksi, nilai-nilai sudut geseran dalaman, ϕ dan kejelekitan, C yang diperolehi masing-masing adalah 50.6° dan 15 MPa. Sempadan diantara rejim tegasan rendah dan rejim tegasan tinggi adalah 9 MPa. Hasil analisis canggaan mendapati bahawa nilai purata modulus Young yang dikira daripada kaedah dinamik, tangent, purata dan secant masing-masing adalah 9.20 ± 0.53 GPa, 9.94 ± 0.73 GPa, 9.02 ± 0.55 GPa dan 8.01 ± 0.76 GPa. Persamaan linear Es = 0.9264 (Edyn) + 0.4976 telah diterbitkan untuk menganggar nilai modulus Young statik daripada modulus Young dinamik. Nilai modulus Young statik yang digunakan adalah nilai yang menggunakan kaedah purata. Bahan batuan batu kapur ini diklasifikasikan sebagai bahan batuan modulus rendah, batuan sederhana kuat dan berada pada takat alah. Daripada hasil kajian ini, satu pangkalan data geomekanik, model konstitutif dan nilai canggaan bahan batuan batu kapur di Malaysia telah berjaya diwujudkan sebagai satu panduan dalam menangani masalah kejuruteraan geoteknikal pada setiap peringkat analisis geomekanik sesuatu projek.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana
Pages: 214
Call Number: QE471.15.L5N846 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118422+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.