Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462639
Title: | Peramalan tapak jalan sindrom ovari polisistik (PCOS) berdasarkan interaksi antara protein-protein berkaitan PCOS daripada data bibliomik |
Authors: | Sarahani Harun (P43106) |
Supervisor: | Zeti Azura Mohamed Hussein, Dr. |
Keywords: | Polycystic Ovary Syndrome |
Issue Date: | 30-Aug-2012 |
Description: | Sindrom Ovari Berpolisistik (PCOS) adalah keabnormalan reproduktif yang melibatkan 6.5-8.0% wanita pada usia reproduktif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti protein-protein yang berkemungkinan terlibat secara langsung dalam keabnormalan PCOS dan seterusnya membina jaringan rangkaian antara protein-protein yang telah dikenalpasti ini. Dalam kajian ini juga, protein-protein hipotetikal yang telah dikenalpasti turut dianalisa untuk peramalan kefungsian bagi mendapat gambaran awal fungsi protein-protein hipotetikal ini. Dalam kajian ini, data daripada tujuh set data mikroatur yang diterbitkan daripada tahun 2003 hingga 2007 telah digunakan sebagai sumber data. 58 protein diketahui yang telah dikenalpasti di dalam kajian yang lepas turut dimasukkan ke dalam set data kajian ini. Maka, satu set data yang terdiri daripada 1076 protein diketahui dan 15 protein hipotetikal telah dikumpulkan untuk analisis lanjut dalam kajian ini. Beberapa pangkalan data biologi seperti HPRD (Human Protein Reference Database), KEGG (Kyoto Encyclopedia of Genes and Genomes), BIND (Biomolecular Interaction Network Database), MINT (Molecular Interaction Database) dan Reactome telah digunakan bagi mendapatkan pelbagai maklumat untuk pembinaan tapak jalan hipotetikal ini. Dengan menggunakan subprogram BioNetBuilder 2.0 dan MiMI 3.0.1 melalui Cytoscape 2.6.3, satu tapak jalan hipotetikal yang terdiri daripada 640 protein dan 2226 interaksi antara protein telah dibina. Seterusnya perisian BiNGO 2.3 digunakan untuk mengintegrasi asas ontologi gen yang terdiri daripada proses biologi, fungsi molekul dan komponen selular ke dalam tapak jalan PCOS yang telah dikenalpasti. Di antara tapak jalan-tapak jalan yang telah dapat diintegrasikan dan dijangkakan terlibat dalam mekanisma keabnormalan PCOS adalah tapak jalan pengisyaratan reseptor insulin, biosintesis steroid dan pengawalaturan rembesan gonadotropin. Selain daripada itu juga, satu daripada protein hipotetikal iaitu C1orf123 (LOC54987) telah dikenalpasti di dalam tapak jalan yang telah dibina. Hasil peramalan kefungsian ke atas protein ini menjangkakan bahawa ia berkemungkinan terlibat di dalam kitaran sel dan apoptosis kerana ia didapati berinteraksi dengan perencat siklin-bergantung kinase 1/ cyclindependent kinase inhibitor 1 (CDKN1A). Secara keseluruhannya, hasil yang diperolehi daripada kajian ini dapat memberikan pelbagai maklumat biologi bagi memahami mekanisme PCOS yang kompleks ini dengan lebih mendalam.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar |
Call Number: | RG480.S7S247 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117487+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.