Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462635
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamed Rozali Othman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSiti Fathrita Mohd Amir (P46424)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:33Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:33Z-
dc.date.issued2012-05-25
dc.identifier.otherukmvital:117479
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462635-
dc.descriptionKajian mengenai penyahwarnaan tekstil melalui kaedah pengoksidaan elektrokimia telah dilakukan. Dalam kajian awal, lapan jenis elektrod pepejal yang berbeza telah digunakan iaitu logam Pt, Pd, Ir, Ni, Ag, Co, Cu dan rod karbon untuk menyahwarnakan pewarna tekstil Reactive Blue 109. Hasil menunjukkan elektrod Pt, Pd, Ir dan rod karbon dapat menyahwarnakan pewarna tekstil tanpa menghasilkan sebarang mendakan disamping keadaan elektrod yang tidak hancur di akhir elektrolisis. Pengukuran elektrokimia dijalankan terhadap empat elektrod terpilih iaitu Pt, Pd, Ir dab rod karbon di mana kajian ini meliputi kaedah voltammetri berkitar dan keupayaan linear V yang menggunakan Voltammetri Voltalab Potentiostat (Model PGZ 402) dilengkapi dengan perisian Voltamaster 4. Pengoptimuman parameter dalam proses elektrolisis seperti kepekatan elektrolit (NaCl), ketumpatan arus, pH dan masa elektrolisis dilakukan. Beberapa analisis parameter kimia dan fizikal terhadap pewarna tekstil seperti keperluan oksigen kimia (COD), keperluan oksigen biokimia (BOD), jumlah organik karbon (TOC), analisis surfaktan dan pH dilakukan sebelum dan selepas proses pengoksidaan elektrokimia. Hasil daripada proses elektrolisis dicirikan menggunakan Spektrofotometer UV-Nampak (UV-Vis), Spektroskopi Inframerah Pemindahan Fourier (FTIR) dan Kromatografi Gas-Spektroskopi Jisim (GC-MS) bagi mengetahui sebatian perantara organik yang terbentuk pada semasa dan akhir elektrolisis. Profil bagi voltammogram berkitar menunjukkan bahawa berlakunya penjerapan anion klorin (Cl-) pada permukaan elektrod dan penjerapan seterusnya membebaskan gas klorin (Cl2) yang bertindak balas dengan air lalu membentuk asid hipoklorous (HOCl) dalam larutan pukal. Penguraian HOCl kepada ion hipoklorit (OCl-) bertindak sebagai spesies bahan pengoksida utama dalam degradasi sebatian organik yang hadir dalam pewarna tekstil. Hasil kajian voltammogram keupayaan linear V dan kecerunan Tafel menunjukkan bahawa elektrod platinum (Pt) merupakan pemangkin yang baik dalam pengoksidaan pewarna tekstil berdasarkan nilai i0 yang diperoleh daripada persamaan Tafel iaitu 9.464 x 10-2 mA/cm2 adalah lebih tinggi berbanding elektrod yang lain. Peratus COD pada elektrod Pt juga tinggi sebanyak 94 % dengan nilai peratus kecekapan arus dan penggunaan tenaga masing-masing adalah 6.4 % dan 52 kWh/g. Keberkesanan peratus penyingkiran COD daripada pewarna tekstil sebanyak 97 % diperoleh daripada keadaan optimum pada kepekatan elektrolit natrium klorida 0.1 M, ketumpatan arus 20.0 mA/cm2, pH 7 dan masa elektrolisis 75 minit. Kehilangan semua puncak serapan diakhir elektrolisis dalam spektrum UV-nampak membuktikan bahawa proses pemineralan pewarna berlaku dengan lengkap. Selain itu, analisis hasil pengoksidaan elektrokimia pewarna tekstil menggunakan FTIR dan GC-MS menunjukkan berlakunya pemecahan kumpulan kromofor dan degradasi sebatian organik yang hadir dalam pewarna tekstil dengan terhasilnya beberapa sebatian perantara baru selepas elektrolisis.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectDyes and dyeing-Textile fibers
dc.subjectOxidation
dc.titlePenyahwarnaan pewarna tekstil secara pengoksidaan elektrokimia menggunakan elektrod pepejal
dc.typetheses
dc.format.pages113
dc.identifier.callnoQD501.S538 2012 tesis
dc.identifier.barcode002594 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117479+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.