Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462630
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasidah Mohd Sidek, Prof. Madya Dr | |
dc.contributor.author | Farah Aida Dahalan (P43112) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:32Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:32Z | - |
dc.date.issued | 2012-08-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117465 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462630 | - |
dc.description | Pengisyaratan protein mitogen-activated kinase (MAPK) membantu proliferasi dan perkembangan sel eukariot. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan tiga perencat dalam pengisyaratan MAP kinase (SB203580, FR180204 dan PD98059) terhadap perkembangan P. falciparum 3D7 dalam kultur dan mengenalpasti penempatan PfMAP2 di dalam parasit. Kultur P. falciparum 3D7 dieram dengan kehadiran perencat SB203580 (perencat p38 MAP kinase), FR180204 (perencat ERK MAP kinase) dan PD98059 (perencat MAPKK) menunjukkan halangan terhadap perkembangan P. falciparum pada peringkat yang berbeza. Parasit adalah paling sensitif terhadap perencat FR180204 dengan nilai IC50 sebanyak 29.87 nM, diikuti oleh SB203580 (3083 nM) dan PD98059 (23061 nM). Kedua-dua SB203580 dan FR180204 mengganggu perkembangan dari trofozoit ke skizon manakala PD98059 merencat perubahan skizon kepada cecincin. Kedua dua protein PfMAP2 terfosfat dan tidak terfosfat (PPfMAP2 dan PfMAP2) dikesan pada ketiga-tiga fasa aseksual parasit dengan aras yang lebih tinggi pada peringkat cecincin samada dengan kehadiran perencat mahupun tidak. Analisis imunopendarfluor pada kultur dengan peringkat dalam kitar hidup yang berbeza menunjukkan kedua-dua PPfMAP2 dan PfMAP2 hadir dalam nukleus parasit. Isyarat imunopendarfluor yang lemah diperhatikan pada sitoplasma. Analisis in silico jujukan PfMAP2 menunjukkan kehadiran jujukan nuclear export signal (NES) yang disokong oleh data imunopendarfluor. Kajian juga menunjukkan homologi yang tinggi secara signifikan di antara PfMAP2 dengan ortolognya berbanding hos masing-masing. Hasil kajian mencadangkan kepentingan pengisyaratan MAP kinase dalam replikasi P. falciparum. Pengenalpastian PfMAP2 teraktif pada nukleus parasit dalam kesemua kitar aseksual mencadangkan PfMAP2 berupaya mengaktifkan substrat hiliran yang mengaruh tindakbalas yang masih belum dikenalpasti.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Protein kinases | |
dc.subject | Malaria | |
dc.subject | Antimalarials | |
dc.title | Kesan perencat kinase terhadap replikasi Plasmodium falciparum in vitro dan pengesanan protein PfMAP2 | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 127 | |
dc.identifier.callno | QP606.P76F346 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002580 (2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117465+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 889.99 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.