Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462628
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Kiew Lian, Prof. Dr.
dc.contributor.authorShariza Azizan (P45171)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:32Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:32Z-
dc.date.issued2012-04-26
dc.identifier.otherukmvital:117252
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462628-
dc.descriptionKatepsin D, yang tergolong dalam famili protease aspartik lisosom, merupakan protein fasa akut yang dipercayai terlibat dalam gerak balas keimunan ikan terhadap patogen. Fungsinya dalam vitelogenesis telah dilaporkan secara meluas tetapi penglibatannya dalam gerak balas keimunan ikan siakap (Lates calcarifer) masih belum diketahui. Objektif kajian ialah untuk menjana dan mencirikan jujukan cDNA katepsin D L. calcarifer, serta mengenal pasti dan menganalisis profil pengekspresan gen tersebut berikutan jangkitan Aeromonas hydrophila. Amplifikasi PCR telah dijalankan untuk menjana jujukan lengkap rangka bacaan terbuka katepsin D L. calcarifer. Fragmen cDNA yang teramplifikasi mengandungi kawasan tidak tertranslasi 5' sepanjang 99 pb, rangka bacaan terbuka sepanjang 1191 pb yang mengekod 396 asid amino, dan kawasan tidak tertranslasi 3' sepanjang 196 pb. Jujukan asid amino yang diramalkan pula terdiri daripada peptida isyarat, propeptida dan peptida matang, masing-masing dengan panjang sebanyak 18 asid amino, 43 asid amino dan 335 asid amino. Berat molekul peptida matang ialah 36.2 kDa dan konsisten dengan berat molekul katepsin D daripada ikan lain, mengesahkan bahawa katepsin D L. calcarifer wujud sebagai peptida rantai tunggal. Dua motif katalisis yang terpulihara (VFDTGSSNLWV dan AIVDTGTS) dan dua tapak N-glikosilasi telah dikenal pasti dalam jujukan asid amino yang diramal untuk katepsin D L. calcarifer. Analisis filogenetik jujukan asid amino katepsin D menunjukkan bahawa katepsin D L. calcarifer terkelompok bersama dengan ikan lain dan amfibia tetapi terpisah daripada kelompok mamalia, reptilia dan burung. Hasil ini mencadangkan bahawa katepsin D L. calcarifer mempunyai fungsi yang serupa dengan katepsin D dalam ikan lain. Selain daripada itu, PCR masa-nyata kuantitatif telah dilakukan untuk menganalisis profil pengekspresan katepsin D L. calcarifer berikutan jangkitan A. hydrophila dengan menggunakan empat sampel tisu iaitu insang, limpa, hepar dan ginjal. Tahap pengekspresan katepsin D L. calcarifer meningkat dalam limpa dan insang 6 jam selepas jangkitan. Selain itu, peningkatan pengekspresan katepsin D secara beransur-ansur juga diperhatikan dalam hepar 24 jam selepas jangkitan. Hasil ini mencadangkan bahawa katepsin D L. calcarifer terlibat dalam proses pertahanan keimunan semula jadi sebagai perantara dalam gerak balas terhadap A. hydrophila.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isoeng
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGiant perch
dc.titlePencirian molekul dan analisis pengekspresan katepsin D daripada ikan siakap (Lates calcarifer)
dc.typetheses
dc.format.pages104
dc.identifier.callnoQL638.C34S534 2012 tesis
dc.identifier.barcode002564 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117252+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.