Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462625
Title: | Pelarut eutektik dalam (PED) sebagai medium alternatif untuk pra-rawatan serat tandan kosong kelapa sawit (STKKS) dalam penghasilan xilosa dan glukosa |
Authors: | Nur Atikah Md Nor (P74055) |
Supervisor: | Yusof Maskat, Prof Madya Dr |
Keywords: | Eutectics Solvents Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Jul-2017 |
Description: | Serat Tandan Kosong Kelapa Sawit (STKKS) merupakan biojisim lignoselulosa yang boleh di proses semula untk mendapatkan produk tambah nilai seperti bioetanol dan biogas. Namun, sifat ketahanan yang dimiliki oleh struktur STKKS merupakan halangan utama yang menyebabkan proses penghasilan produk tambah nilai daripada STKKS terbatas. Oleh itu, pra-rawatan merupakan satu langkah yang boleh membuka kepadatan struktur STKKS bagi meningkatkan kecekapan proses sakarifikasi berenzim. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kebolehan pelarut hijau; Pelarut Eutektik Dalam (PED) sebagai medium alternatif untuk pra-rawatan Serat Tandan Kosong Kelapa Sawit (STKKS). PED adalah gabungan dua atau lebih komponen untuk menghasilkan campuran eutektik melalui interaksi ikatan hidrogen yang mempunyai takat suhu lebur yang lebih rendah daripada satu individu komponen tersebut. STKKS dirawat dengan dua campuran PED yang berbeza iaitu kolin klorida : urea dan kolin klorida : gliserol dalam nisbah molar 1:2. Terdapat dua saiz STKKS yang digunakan di dalam kajian ini iaitu 2 mm dan 5 cm. Pra-rawatan telah dilakukan pada suhu (80ºC, 110ºC dan 140ºC) dan masa yang tertentu (1 jam dan 4 jam) untuk melihat kesan parameter-parameter ini terhadap pembukaan struktur STKKS. Setelah hidrolisis enzim, pra-rawatan PED C (ChCl/Urea) dan PED 3 (ChCl/Glycerol) yang dilakukan pada suhu 110ºC selama 1 jam telah dipilih sebagai pra-rawatan optimum untuk merawat STKKS mentah (kawalan) kerana suhu yang lebih rendah dan masa yang lebih singkat. Jika masa yang ditingkatkan menjadi lebih panjang iaitu 4 jam, ia mampu menghasilkan gula sebanyak pra-rawatan natrium hidroksida (NaOH) yang digunakan sebagai penanda aras dalam kajian ini. Serat yang bersaiz 2 mm (STKKS-2) secara keseluruhannya menghasilkan xilosa dan glukosa yang lebih banyak berbanding serat bersaiz 5 cm (STKKS-5). STKKS-2 yang dirawat dengan pra-rawatan PED C (ChCl/Urea) berjaya menghasilkan xilosa sebanyak 64.511 ± 3.780 mg/g STKKS dan glukosa sebanyak 164.859 ± 10.514 mg/g STKKS. Manakala, bagi STKKS-2 yang dirawat dengan pra-rawatan PED 3 (ChCl/Gliserol) berjaya menghasilkan xilosa sebanyak 39.244 ± 7.407 mg/g STKKS dan glukosa sebanyak 175.503 ± 12.220 mg/g STKKS. Daripada analisis SEM, ia menunjukkan bahawa semua pra-rawatan berjaya mengeluarkan silika dan meninggalkan banyak ruang kosong. Ia juga berjaya membuatkan permukaan gentian terpecah dan berubah menjadi bebenang halus dan seterusnya dapat mendedahkan struktur selulosa. Analisis XRD memberi kesan yang besar terhadap darjah penghabluran di mana semua pra-rawatan boleh mengurangkan peratusan penghabluran selulosa jika dibandingkan dengan STKKS yang tidak dirawat. Kumpulan berfungsi penting daripada lignin, hemiselulosa dan selulosa boleh dibuang dan keamatan puncak mengalami perubahan apabila gentian telah dirawat dengan pra-rawatan DES. Ini telah ditunjukkan oleh analisis FTIR di mana beberapa puncak kumpulan berfungsi lignin dan hemiselulosa telah dibuang dan keamatan puncak telah berjaya dikurangkan. Selain itu, kecekapan larutan PED dalam merawat STKKS kawalan jika diguna semula beberapa kali juga berjaya dibuktikan apabila penghasilan gula hanya berkurang setelah larutan PED diguna semula sebanyak 3 kali. Oleh itu, larutan PED yang dihasilkan di dalam kajian ini mempunyai potensi sebagai pra-rawatan alternatif bagi menggantikan pra-rawatan sedia ada pada masa kini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 84 |
Call Number: | QD544.N833 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117189+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 795.89 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.