Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462624
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalmah Yaakop, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorRabibah Razali (P 78434)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:31Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:31Z-
dc.date.issued2017-07-17
dc.identifier.otherukmvital:117183
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462624-
dc.descriptionPenyengat Braconidae merupakan spesies serangga yang penting di dalam ekosistem kerana berperanan sebagai parasitoid iaitu dengan memparasit serangga lain yang seterusnya mampu mengekalkan keseimbangan ekosistem. Namun begitu, kajian mengenai spesies penyengat ini masih kurang diberi perhatian di Malaysia. Oleh itu, kajian ini menggariskan objektif utama iaitu dalam mengukur taburan dan kepelbagaian penyengat Braconidae di beberapa ekosistem terpilih di Semenanjung Malaysia. Selain itu, terdapat dua objektif kecil disasarkan iaitu mengukur kelimpahan penyengat di ekosistem sawit pada umur pokok sawit yang berbeza dan pada ketinggian atau altitud yang berbeza di Bukit Fraser. Persampelan telah dijalankan selama setahun bermula dari November 2014 sehingga Disember 2015 yang meliputi beberapa lokaliti di beberapa ekosistem yang berbeza. Lokasi kajian adalah di Bukit Fraser (BF) dan Bukit Rupa (BR) yang mewakili ekosistem hutan, manakala Ladang Zamrud (LZ), Felda Lui Muda (FLM), Felda Chini (FC) dan ladang belimbing (LB) mewakili ekosistem pertanian. Sebanyak sembilan perangkap malaise telah dipasang selama sebulan pada setiap lokaliti dan kemudiannya spesies penyengat Braconidae yang berjaya dikumpulkan telah dicamkan berdasarkan cirri-ciri morfologi luaran hingga ke peringkat genus atau spesies. Sejumlah 1683 individu Braconidae telah berjaya dikumpul yang merangkumi sebanyak 19 subfamili yang terdiri daripada subfamili Agathidinae, Alysiinae, Blacinae, Braconinae, Cardiochilinae, Cheloninae, Doryctinae, Euphorinae, Gnamptodontinae, Helconinae, Hormiinae, Lysitermiinae, Macrocentrinae, Microgastrinae, Miracinae, Opiinae, Orgilinae, Pambolinae dan Rogadinae. Indeks kepelbagaian Shahnon (H') menunjukkan BF merekodkan nilai (H') yang tertinggi iaitu 3.84 diikuti dengan LZ (3.42), BR (3.36), FLM (3.33), FC (2.64) dan LB (1.31). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh ekosistem hutan merupakan ekosistem semula jadi dan kurang terdedah dengan gangguan manusia yang membolehkan kawasan tersebut kekal terpelihara kepelbagaiannya. Genus Apanteles merupakan genus yang menunjukkan kelimpahan dan bilangan individu yang paling tinggi yang boleh dijumpai di kesemua lokaliti persampelan kecuali LB dengan bilangan individu yang melebihi 180 individu. Ini kerana genus Apanteles merupakan genus yang umum dan mudah dijumpai di semua ekosistem dan menjadikan banyak spesies sebagai perumahnya. Bagi kajian kepelbagaian spesies merujuk kepada peringkat umur pokok pula telah menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p= 0.82, p>0.05) antara umur muda (1-5 tahun), pertengahan (6-19) dan matang (>20 tahun). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan spesies penyengat hadir dan berfungsi sama di sama di setiap kawasan khususnya di ladang sawit dan menjadikan vegetasi yang sama sebagai perumah tanamannya sebagai sumber makanannya. Selain itu, ujian ANOVA sehala menunjukkan hanya altitud rendah yang mempunyai perbezaan signifikan terhadap altitud pertengahan (p=0.00) dan tinggi (p=0.00), manakala antara altitud pertengahan dan tinggi tiada perbezaan signifikan (p=0.86). Ini kerana altitud rendah mempunyai vegetasi yang lebih pelbagai berbanding altitud pertengahan dan tinggi dan mampu menjadi tanaman perumah kepada pelbagai spesies penyengat Braconids ini. Maklumat awalan kepelbagaian dan taburan spesies ini mampu memberikan data awalan dan maklumat tentang kepelbagaiannya di ekosistem-ekosistem tertentu dan seterusnya dijangkakan mampu memberikan impak dan laluan permulaan yang baik ke atas kajian-kajian susulan yang mempunyai kaitan atau hubungan interaksi dengan spesies penyengat ini dan ekosistem di sekelilingnya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectBraconidae
dc.subjectHymenoptera
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKepelbagaian dan taburan penyengat Braconidae (Hymenoptera) di beberapa ekosistem terpilih di Semenanjung Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages125
dc.identifier.callnoQL568.B8R334 2017 tesis
dc.identifier.barcode004381(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117183+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
694.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.