Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462623
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIdris Abd. Ghani, Prof. Dr.
dc.contributor.authorWan Khairul Anuar Wan Ali (P63427)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:30Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:30Z-
dc.date.issued2017
dc.identifier.otherukmvital:117180
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462623-
dc.descriptionKajian mengenai serangan kumbang daun kelapa, Brontispa longissima ke atas tanaman kelapa serta keberkesanan penggunaan racun dan agen kawalan biologi sebagai langkah kawalannya telah dijalankan di makmal dan di lapangan. Kajian makmal melibatkan penelitian ke atas kecenderungan kumbang terhadap jenis pokok palma yang berbeza di rumah kalis serangga, keberkesanan penggunaan jenis racun kimia dan semulajadi terhadap peringkat kumbang perosak yang berbeza menggunakan kaedah celupan dan sentuhan serta potensi semut hitam sebagai agen kawalan biologi dalam mengawal populasi kumbang ini. Sementara itu, kajian lapangan melibatkan pemerhatian ke atas status serangan kumbang perosak terhadap varieti kelapa yang berbeza di beberapa ladang kelapa terpilih dalam tempoh setahun. Hasil kajian mendapati kumbang perosak lebih cenderung untuk menyerang varieti kelapa pandan berdasarkan bilangan min peratusan kumbang yang dicatatkan pada pokok adalah lebih tinggi berbanding pokok palma yang lain. Keputusan yang sama turut direkodkan di ladang kelapa yang mendapati bilangan min kumbang perosak adalah lebih tinggi pada varieti pandan dan berbeza secara beerti (P<0.05) berbanding varieti yang lain. Manakala peringkat larva B. longissima pula mencatatkan bilangan min yang lebih banyak menyerang pokok kelapa berbanding kumbang dewasa. Hasil kajian juga menunjukkan kumbang B. longissima yang dilepaskan ke dalam sangkar di rumah kalis serangga cenderung untuk menyerang pokok palma yang rendah berbanding pokok palma yang mempunyai ketinggian sederhana dan tinggi. Dalam pada itu, ujikaji racun ke atas kumbang B. longissima di makmal mendapati racun Nurelle mencatatkan min peratusan kematian kumbang lebih tinggi dan berbeza secara signifikan (P<0.05) berbanding jenis racun lain sama ada menggunakan kaedah celupan atau kaedah sentuhan. Begitu juga bagi nilai LC50 yang mana racun Nurelle mencatatkan nilai LC50 yang lebih kecil untuk tempoh 24, 48 dan 72 jam selepas rawatan ke atas kumbang B. longissima. Hal ini menunjukkan ketoksikan racun Nurelle terhadap kumbang adalah lebih tinggi berbanding jenis racun yang lain. Ujikaji racun juga menunjukkan larva B. longissima mempunyai tahap toleransi yang lebih rendah terhadap kesan toksik racun berbanding kumbang dewasa. Hasil kajian makmal terhadap keupayaan pemangsaan semut hitam ke atas kumbang B. longissima mendapati peratusan min kumbang yang dimakan oleh kumpulan yang mempunyai bilangan 100 ekor semut hitam adalah lebih tinggi dan berbeza secara signifikan (P<0.05) berbanding kumpulan bilangan 5, 20, 50 dan 75 ekor semut hitam. Selain itu, semut hitam juga cenderung untuk menyerang dan memakan peringkat larva B. longissima berbanding peringkat pupa dan kumbang dewasa melalui kajian makmal. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa kumbang perosak B. longissima berpotensi mendatangkan kemusnahan teruk ke atas pokok kelapa yang mana mampu menjejaskan industri tanaman kelapa di Malaysia. Namun kaedah kawalan menggunakan racun serta agen biologi didapati berupaya membunuh kumbang sekaligus dapat mengawal populasi serangan kumbang di kawasan ladang kelapa.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectBeetles
dc.subjectPredatory insects
dc.subjectPredation (Biology)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKajian serangan kumbang daun kelapa, Brontispa longissima (Coleoptera: Chrysomelidae) ke atas tanaman kelapa (Cocos nucifera L.) serta keberkesanan penggunaan racun dan agen kawalan biologi sebagai langkah kawalannya
dc.typetheses
dc.format.pages119
dc.identifier.callnoQL573.W344 2017 tesis
dc.identifier.barcode004380(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117180+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
621.57 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.