Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462621
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahibin Abd Rahim, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Rozieta Roslee (P74668) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:30Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:30Z | - |
dc.date.issued | 2019-08-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117176 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462621 | - |
dc.description | Karbon organik tanah (SOC) adalah sebahagian daripada elemen dalam kitaran karbon semulajadi, yang juga merupakan komponen dalam takungan karbon daratan. Kuantiti karbon yang tersimpan dalam tanah merupakan simpanan terbesar karbon organik daratan. SOC berperanan penting dalam ketiga-tiga aspek kesuburan tanah iaitu kimia, fizikal dan biologi. Kajian ini dijalankan untuk meramal kadar perubahan stok karbon organik tanah perladangan kelapa sawit di Labu, Negeri Sembilan menggunakan model simulasi karbon Rothamsted-26.3 (RothC-26.3). Model RothC dipilih kerana penggunaannya yang meluas oleh para penyelidik dalam meramal perubahan SOC seiring dengan perubahan iklim, persekitaran dan pengurusan. Sebanyak 100 sampel tanah telah diambil dan dianalisis. Parameter tanah yang mempengaruhi stok karbon organik dalam tanah seperti bahan organik, taburan saiz partikel, pH, ketumpatan pukal, asid humik dan asid fulvik juga ditentukan. Bagi mengesan perubahan dalam ketidakstabilan iklim terhadap karbon organik dan guna tanah perladangan kelapa sawit menggunakan model RothC, data iklim cerapan (1985-2014) dan data iklim pada masa hadapan (2015-2099) dijana menggunakan PRECIS HadCM3Q berdasarkan kepada senario SRES A1B. Karbon organik tanah dan parameter yang lain dianalisis menggunakan kaedah piawai. Taburan saiz partikel ditentukan menggunakan kaedah pipet dan ayakan kering. Penentuan pH tanah dilakukan berdasarkan nisbah tanah: air sebanyak 1:2.5. Nilai kekonduksian elektrik ditentukan dalam hasil ekstrak gipsum tepu. Ketumpatan pukal dikira menggunakan kaedah saduran lilin. Kandungan asid humik dan asid fulvik ditentukan berdasarkan kaedah pengasingan molekul asas. Kandungan bahan organik tanah ditentukan menggunakan kaedah gravimetri berdasarkan kehilangan menerusi pembakaran manakala penentuan karbon organik menggunakan kaedah Walkley-Black. Stok karbon dikira menggunakan kandungan karbon organik dan ketumpatan pukal tanah. Hasil analisis menunjukkan tekstur tanah di kawasan kajian didominasi oleh lempung berpasir dengan peratusan pasir tertinggi. Bahan organik tanah diklasifikasikan sebagai rendah dengan purata kurang daripada 4%. Purata pH tanah adalah sangat asidik iaitu 3.89±0.12. Purata nilai kekonduksian elektrik adalah 2511.33±24.63 µS/cm. Purata peratusan asid humik dan fulvik adalah 3.29±0.29% dan 1.36±0.32%. Pada kedalaman 30 cm dan ketumpatan pukal 1.03 g/cm3, berat tanah yang dikira untuk satu hektar adalah 3090 tan/ha manakala kandungan stok karbonnya adalah 56.17 tan.C/ha. Karbon organik dalam tanah meningkat mengikut umur pokok pada 10 tahun pertama penanaman daripada 1.54% kepada 2.11%. Hasil simulasi model RothC menunjukkan pengurangan dalam kandungan stok SOC selepas 85 tahun penanaman kelapa sawit iaitu daripada 47.78 kepada 42.95 tan.C/ha bagi fasa pokok pra matang dan 59.06 kepada 53.45 tan.C/ha bagi fasa pokok matang. Jumlah emisi CO2 yang direkodkan daripada simulasi model C menunjukkan peningkatan drastik selepas 85 tahun. Tanah penanaman kelapa sawit berpotensi sebagai sinka C dan menyerap C tanah jika tanah ini diuruskan dengan baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Soils -- Carbon content | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Meramal kadar perubahan stok karbon organik tanah menggunakan model RothC di kawasan pertanian kelapa sawit di Labu, Negeri Sembilan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 107 | - |
dc.identifier.callno | S592.6.C35R639 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004377(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117176+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 650.94 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.