Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462620
Title: Kesan sitotoksik poligenan dan karagenan terhadap titisan sel usus dan sel hati manusia
Authors: Wong Woan Yeen (P 59513)
Supervisor: Sahidan Senafi, Prof. Dr.
Keywords: Cytotaxonomy
Marine algae
Cell-mediated cytotoxicity
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jul-2017
Description: Karagenan ialah polisakarida tidak terdegradasi yang diekstrak daripada rumpai laut merah (Kappaphycus alverazii dan Eucheuma denticulatum) dan digunakan dalam industri makanan dan farmaseutikal. Poligenan merupakan karagenan terdegradasi yang terhasil semasa pemprosesan berasid karagenan. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesitotoksikan kappa (κ) and iota (ι) poligenan serta karagenan tidak terdegradasi dalam titisan sel usus ( Caco-2; kanser dan FHs 74 Int; normal) dan titisan sel hati (HepG2; kanser dan Fa2N-4; normal) manusia. Gred makanan κ-karagenan (GMKK), kepingan κ-karagenan (KKK), gred komersial κ-karagenan (GKKK), gred makanan ι-karagenan (GMIK) dan gred komersial ι-karagenan (GKIK) digunakan untuk menyediakan larutan poligenan dan karagenan tidak terdegradasi. Pengasaian MTT dan pewarnaan tripan biru digunakan untuk menentukan peratus viabiliti sel manakala mod kematian sel ditentukan melalui kaedah pewarnaan May-Grunwald Giemsa (MGG), pewarnaan akridin jingga-etidium bromida (AO/EtBr) serta analisis elektroforesis gel agarosa. RT-PCR digunakan untuk mengenalpasti kesan perlakuan ekstrak terhadap pengaktifan gen proliferating cell nuclear antigen (PCNA), MKI67 dan survivin dalam sel. Analisis statistik dilaku menggunakan ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian pengasaian MTT menunjukkan bahawa kappa poligenan adalah sederhana sitotosik terhadap sel Caco-2, sel FHs 74 Int, sel HepG2 dan sel Fa2N-4 selepas eraman 24, 48 dan 72 jam kecuali pada sel Fa2N-4 di mana kappa poligenan adalah bahan yang berpotensi toksik pada 72 jam; GMKK tidak toksik pada sel FHs 74 Int pada 24 dan 48 jam eraman. Poligenan GMIK dan GKIK hanya menunjukkan aktiviti sitotoksik pada sel Fa2N-4. Selepas pewarnaan MGG dan pewarnaan AO/EtBr, sel Caco-2, sel FHs 74 Int and sel HepG2 yang diperlakukan dengan ketiga jenis kappa poligenan (GMKK, KKK dan GKKK) menunjukkan ciri apoptosis seperti pengecutan sel, pembleban membran, kondensasi kromatin dan fragmentasi nukleus. Ciri nekrosis dapat diperhatikan dalam sel Fa2N-4 yang diperlakukan dengan kappa poligenan. Walau bagaimanapun, tetangga DNA hanya diperhatikan dalam sel HepG2 tetapi tidak dijumpai dalam sel Caco-2. Kappa poligenan menyahaktifkan gen PCNA, MKI67 dan survivin dalam sel HepG2 sahaja, manakala pengaktifan gen dalam sel Caco-2 tidak dipengaruhi. Sebaliknya, keempat titisan sel tidak mempunyai kesan sitotoksik dengan perlakuan karagenan tidak terdegradasi selepas analisis yang sama seperti poligenan dijalankan. Kesimpulannya, kappa poligenan mempunyai aktiviti sitotoksik terhadap sel kanser dan sel normal dari usus dan hati; manakala karagenan tidak terdegradasi serta iota poligenan tidak mempunyai aktiviti sitotoksik. Kappa poligenan mengaruh proses apoptosis awal dalam sel Caco-2 dan sel FHs 74 Int; proses apoptosis lewat dalam sel HepG2 manakala proses nekrosis dalam sel Fa2N-4.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 182
Call Number: QR185.5.W636 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117174+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
872.59 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.