Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462619
Title: | Interaksi vesikel lipid dipalmitoilfosfatidilkolina dan vesikel lipid campuran dipalmitoilfosfatidil kolina/serina dengan nanozarah SiO2, TiO2 dan Fe3O4 |
Authors: | Hur Munawar Kabir Mohd (P63301) |
Supervisor: | Irman Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Lipids Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Jun-2017 |
Description: | Vesikel lipid telah digunakan dengan meluas dalam sistem penghantaran ubat kerana ciri uniknya yang berupaya menyimpan, mengangkut dan melepaskan sebatian secara terkawal. Namun, vesikel lipid mengalami ketidakstabilan akibat agregasi, perlakuran dan kebocoran yang menghadkan keupayaan vesikel sebagai pembawa ubat. Kestabilan dan ciri kebolehfungsian vesikel lipid adalah penting dalam pembentukan sistem penghantaran ubat yang efektif. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan interaksi vesikel dipalmitoilfosfatidilkolina (DPPC) yang bersifat zwiterion dan dipalmitoilfosfatidilkolina/ serina (DPPC/DPPS) yang bersifat anion dengan nanozarah SiO2, TiO2 dan Fe3O4 melalui analisis ke atas parameter fizikal seperti morfologi vesikel, potensi zeta, sifat peralihan fasa, aturan hidrokarbon dan permukaan lipid. Bagi mencapai objektif ini, kedua-dua vesikel ditambah dengan setiap nanozarah pada kepekatan yang berbeza iaitu 0.01, 0.1, 1.0, 10 dan 50 mg/mL. Vesikel lipid dicirikan melalui mikroskop fasa kontras dan berkutub, mikroskop elektron transmisi (TEM), spektroskopi kolerasi foton (PCS), kalorimeter pengimbasan kebezaan (DSC) dan spektroskopi jelmaan Fourier inframerah (FTIR). Interaksi vesikel DPPC dan DPPC/DPPS pada kepekatan nanozarah berbeza dikaji melalui potensi zeta menggunakan PCS. Didapati bahawa potensi zeta vesikel DPPC meningkat dengan peningkatan kepekatan SiO2, TiO2 dan Fe3O4. Namun, peningkatan kepekatan SiO2 ke atas vesikel DPPC/DPPS tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara ke atas nilai potensi zeta dan juga saiz. Sebaliknya, peningkatan kepekatan Fe3O4 dan TiO2 menyebabkan potensi zeta vesikel DPPC/DPPS meningkat. Kajian sifat terma menggunakan DSC pula mendapati SiO2 memberikan sedikit kesan ke atas suhu lebur (Tm) kedua-dua vesikel iaitu DPPC (41.5oC) dan DPPC/DPPS (46.7oC). Penambahan Fe3O4 dan TiO2 ke atas DPPC pula menyebabkan Tm vesikel berubah ke suhu yang lebih tinggi dan berlaku pelebaran pada lengkung termogram DSC. Bagi penambahan Fe3O4 dan TiO2 ke atas DPPC/DPPS, nilai Tm berubah kepada suhu yang lebih rendah dan pelebaran termogram juga berlaku. Mod peregangan jalur CH2 dan PO2- dikaji menggunakan FTIR bagi membuktikan ikatan yang terbentuk hasil interaksi. Kajian morfologi ke atas vesikel-nanozarah dijalankan menggunakan TEM dan didapati bahawa SiO2 menjerap pada permukaan vesikel DPPC tetapi tidak pada vesikel DPPC/DPPS. Penjerapan TiO2 dan Fe3O4 pada permukaan dan di bahagian dalam vesikel DPPC dan DPPC/DPPS juga dapat ditunjukkan. Hasil daripada kajian ini menunjukkan perbezaan interaksi di mana vesikel DPPC dan DPPC/DPPS berinteraksi dengan SiO2 melalui interaksi fizikal. Manakala, TiO2 dan Fe3O4 berinteraksi dengan vesikel DPPC dan DPPC/DPPS melalui interaksi kimia. Hasil dapatan kajian juga mencadangkan kepentingan kesan cas permukaan, saiz dan kedudukan nanozarah ke atas kestabilan vesikel yang memberikan pandangan baru dalam mengfungsikan vesikel sebagai templat sistem penghantaran ubat bergantung kepada aplikasinya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 139 |
Call Number: | QP751.H837 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 820.76 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.