Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462618
Title: Sintesis monolaurin melalui tindak balas gliserolisis berenzim dan ujian antibakteria
Authors: Norul Naziraa Ahmad Jamlus
Supervisor: Darfizzi Derawi, Dr.
Keywords: Glycerin
Chemicals
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Jul-2017
Description: Monolaurin (ML) adalah sebatian kimia monoasilgliserol berantai asil 12 karbon yang terkandung secara semula jadi dalam susu ibu yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi bayi. Kajian sintesis ML melalui tindak balas gliserolisis berenzim menggunakan lipase sebagai mangkin telah dijalankan. Lipase yang digunakan Novozym-435, Lipase b Candida antarctica (CALB) rekombinasi dengan Aspergillus oryzae dan lipase Thermomyces lanuginosus telah diuji berdasarkan parameter kepekatan enzim dan masa tindak balas. Hasil optimum sebanyak 47.6% penukaran ML dari jumlah penukaran ester gliserol menggunakan 5 % g Novozyme 435 dalam tempoh 24 jam tindak balas. Penulenan ML dilakukan dengan menggunakan pengektrakan fasa pepejal (SPE). Analisis kromatografi lapisan nipis (TLC) dan kromatografi gas (GC-FID) telah membuktikan kandungan monolaurin, dilaurin, trilaurin dan asid lemak bebas dalam hasil tindak balas. Spektrum inframerah (FTIR) telah membuktikan kehadiran kumpulan berfungsi karbonil ester C=O pada nombor gelombang 1732 cm-1, regangan C-O pada nombor gelombang 1182 cm-1 dan regangan kumpulan OH pada nombor gelombang 3293 cm-1. Penentuan aktiviti antibakteria telah dilakukan melalui kaedah Kirby-Bauer terhadap sel bakteria Gram positif (Staphylococcus aureus) dan Gram negatif (Escherichia coli) dengan kepekatan ML yang digunakan adalah 1000 mg /mL. Zon perencatan terhadap Staphylococcus aureus dapat dilihat dengan purata diameter adalah 13.7 mm dan Escherichia coli dengan purata diameter adalah 13.3 mm pada pemerhatian 24 jam. Tiada perubahan ukuran dilihat selepas 48 jam. Produk monolaurin sintetik berpotensi digunakan sebagai antibakteria dalam aplikasi kosmetik, makanan, penjagaan diri dan farmaseutikal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 74
Call Number: QD471.N868 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117172+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
644.24 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.