Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462615
Title: Sintesis dan kajian kekonduksian haba polipirola berdop trimetilglisina dan nanokomposit polipirola berdop trimetilglisina/getah kloroprena
Authors: Dayangku Dianasari binti Awang Jubli (P43379)
Supervisor: Rusli Daik, Prof. Madya Dr.
Keywords: Conducting polymers-Synthesis
Pyrroles-Synthesis.
Polyethylene-Synthesis.
Issue Date: 5-Apr-2012
Description: Dalam penyelidikan ini, polipirola (PPy) berdop trimetilglisina disintesis melalui kaedah pempolimeran pengoksidaan kimia dengan kehadiran ammonium persulfat (APS) dan agen pendopan trimetilglisina. Sampel nanokomposit disediakan dengan mencampurkan emulsi PPy dengan emulsi getah kloroprena (CR) melalui penyebaran koloid. Lima set nanokomposit PPy berdop trimetilglisina/CR telah disediakan dalam nisbah berat PPy terhadap getah kloroprena 0:100, 10:90, 20:80, 30:70 dan 40:60. Nanokomposit dengan penambahan agen kekonduksian haba iaitu aluminium nitrida, aluminium oksida dan magnesium oksida juga disediakan. Polimer dan nanokomposit yang terhasil dicirikan dan dianalisis menggunakan spektroskopi infra-merah Fourier transform (FTIR), analisis unsur (CHNS-O), spektroskopi serapan ultralembayung-nampak (UV-Vis), kalorimeter imbasan pembeza (DSC), penganalisis gravimetri terma (TGA), pengukuran kekonduksian haba (TC), spektroskopi elektrokimia impedans (EIS) dan mikroskopi elektron imbasan pancaran medan (FESEM). Spektroskopi UV-Vis menunjukkan dua puncak di sekitar 300 nm dan 400 nm. Hasil analisis DSC mendapati nilai Tg bagi nanokomposit meningkat dengan pertambahan kandungan PPy dan terus meningkat dengan pertambahan agen kekonduksian. Kekonduksian elektrik bagi PPy berdop trimetilglisina dan nanokomposit PPy berdop trimetilglisina/CR adalah dalam julat separa konduktif iaitu antara 10-7 Scm-1 hingga 10-5 Scm-1. Nilai kekonduksian haba bagi PPy berdop trimetilglisina ialah 0.62 W/mK dan nanokomposit PPy berdop trimetilglisina/CR ialah antara 0.37 W/mK dan 0.47 W/mK. Setelah agen kekonduksian haba ditambah, didapati nanokomposit dengan aluminium nitrida menunjukkan tahap kekonduksian haba yang paling tinggi iaitu 0.43 W/mK berbanding aluminium oksida, 0.41 W/mK dan magnesium oksida yang juga 0.41 W/mK. Analisis FESEM menunjukkan PPy berdop trimetilglisina tersebar dalam matriks dengan saiz dalam julat 42.00 - 50.00 nm.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 105
Call Number: QD382.C66D349 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117076+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
749.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.