Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462614
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsmat Ahmad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNur Ain Yahya (P43114)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:28Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:28Z-
dc.date.issued2012-05-10-
dc.identifier.otherukmvital:117074-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462614-
dc.descriptionKepelbagaian tinggi mikrob marin yang masih kurang diterokai merupakan faktor pendorong penting dalam kajian bioteknologi dan sebatian bioaktif di Malaysia. Pencarian sebatian bioaktif baru adalah perlu untuk menangani masalah kerintangan antibiotik dalam patogen klinikal. Sebanyak 17 pencilan bakteria berpigmen telah dipencil daripada pelbagai sumber dan lokasi perairan laut di Malaysia. Sembilan daripadanya adalah Gram positif dan lapan adalah Gram negatif. Kesemua pencilan dikultur di atas agar nutrien dengan 3% natrium klorida dan dieram pada suhu 29oC selama 24 jam. Semua pencilan dikenalpasti berdasarkan ujian biokimia dan 11 daripadanya melalui analisis jujukan 16S rRNA. Penyaringan antimikrob awal ke atas semua pencilan menunjukkan empat pencilan, iaitu SDPM1, SCTGRCW, WTG501 dan WTG22 aktif terhadap Staphylococcus aureus rintang-metisilin (MRSA), Aeromonas hydrophila dan Candida albicans. Pencilan-pencilan dengan aktiviti antimikrob tertinggi dipilih dan disaring lagi terhadap sembilan mikrob ujian. Satu pencilan yang paling aktif, SDPM1 telah dipilih untuk ujian lanjutan termasuklah pemerhatian morfologi sel menggunakan mikroskop imbasan elektron, analisis profil asid lemak, ujian kepekatan rencatan minimum (MIC), ujian sitotoksisiti dan pengenalpastian sebatian berdasarkan spektroskopi resonans magnetik nukleus (RMN), spektroskopi inframerah dan spektrometri jisim. Pencilan SDPM1 telah dipilih kerana paling aktif terhadap mikrob ujian pada penyaringan kedua. Analisis jujukan 16S rRNA SDPM1 menunjukkan 98% kesamaan dengan genus Zooshikella dalam pangkalan data GenBank. Pencilan SDPM1 adalah Gram negatif, berbentuk rod, berpigmen merah dan/ atau ungu, berendospora dan oksidase dan katalase positif. Kebanyakan asid lemak adalah jenis tepu dan mono-tak tepu. Nilai MIC ekstrak SDPM1 terhadap MRSA, A. hydrophila, Vibrio parahaemolyticus dan C. albicans masing-masing 0.8 μgmL-1, 800 μgmL-1, 0.8 μgmL-1 dan 0.8 μgmL-1 manakala nilai CC50 adalah 0.1577 mgmL-1. Berdasarkan ciri-ciri yang telah dibincangkan, pencilan SDPM1 dicadangkan sebagai spesies baru. Sebanyak 517.1 mg ekstrak kasar berwarna ungu daripada SDPM1 telah diperoleh, dipisah dan ditulen menggunakan turus kromatografi. Berdasarkan analisis RMN dan inframerah, sebatian tulen AIN1382, AIN1384 dan AIN1385 merupakan terbitan daripada sebatian organik bergelang diketopiperazin dengan berat molekul masing-masing adalah 155.0794, 227.1375 dan 227.1367. Sebatian AIN1382 dinamakan sebagai oktahidropirrolo[1,2-a]piperazin- 1,4-dione manakala sebatian AIN1384 dan AIN1385 menunjukkan struktur yang sama dan dinamakan sebagai 7-metil-3-(2-metilpropil)-oktahidropirrolo[1,2-a]piperazin- 1,4-dione. Sebatian AIN1382 dicadangkan sebagai sebatian novel kerana tiada padanan dalam pangkalan data struktur kimia. Hasil kajian menunjukkan bahawa bakteria marin yang dipencil daripada perairan laut Malaysia berpotensi sebagai penghasil sebatian aktif yang dapat menyumbang kepada pencarian sebatian novel dalam kajian pada masa hadapan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMarine microbiology -- Malaysia-
dc.subjectBacteria-
dc.titleAktiviti antimikrob bakteria marin berpigmen dan pengenalpastian sebatian aktif daripada zooshikella sp. SDPM1-
dc.typetheses-
dc.format.pages131-
dc.identifier.callnoQR106.N846 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002572 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117074+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.