Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462612
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizan bin Ahmad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorLee Tian Khoon (P52291)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:27Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:27Z-
dc.date.issued2012-06-21-
dc.identifier.otherukmvital:117072-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462612-
dc.descriptionPenyelidikan ini menfokuskan kepada kajian terhadap potensi getah terubahsuai polimer iaitu getah asli terperoksida cecair 50% berjisim molekul rendah (LENR50) diadunkan bersama poli (vinil) klorida (PVC) untuk diaplikasikan sebagai hos bagi elektrolit polimer pepejal (EPP). Penyediaan filem sampel EPP ini dihasilkan melalui teknik pengacuan larutan. Garam litium perklorat (LiClO4) ditambahkan sebagai dopan yang berfungsi sebagai pembawa cas dan etilena karbonat (EC) pula sebagai agen pemplastik. Kesan penambahan garam litium dan EC dikaji berdasarkan sifat kekonduksian ionik, interaksi kimia, struktur fasa dan morfologi serta kekuatan mekanikal. Pencirian yang dilakukan merangkumi analisis kekonduksian ionik, analisis inframerah (ATR-FTIR), analisis pembelauan sinar-X, pemeriksaan morforlogi (SEM) dan analisis kekuatan tegangan. Didapati nilai kekonduksian paling rendah adalah 1.6×10-11 S.cm-1 bagi sampel PVC-LENR50 (70:30) tanpa garam dan kekonduksian ionik maksimum dicapai bagi PVC-LENR50 (30:70) dengan penambahan 30 bt. % garam LiClO4 adalah 2.3×10-8 S.cm-1. Penambahan EC sebanyak 70 bt. % (optimum) dan dopan garam pada 30 bt. % bagi sistem PVC-LENR50 (30:70) telah meningkatkan kekonduksian ionik sehingga 2.1×10-7 S.cm-1. Analisis ATR-FTIR pula menunjukan terdapat perubahan pada keamatan dan pelebaran puncak serta anjakan nombor gelombang mengesahkan wujudnya interaksi diantara ion Li+ daripada garam dopan dengan oksigen dari kumpulan karbonil (C=O ), kumpulan eter ( C-O-C ) dan kumpulan klorida (C-Cl) yang berasal dari struktur rantai isoprena dan PVC. Analisis pembelauan sinar-X menunjukan adunan PVC-LENR50 pada nisbah 30:70, 50:50 dan 70:30 tanpa kehadiran garam litium adalah dalam keadaan amorfus. Garam terdop mengkompleks sepenuhnya dalam adunan PVC-LENR dengan tiada kewujudan puncak tajam. Apabila penambahan garam terdop melebihi 30 bt. % bagi semua nisbah adunan PVC-LENR50, pembentukan fasa hablur berlaku. Keadaan ini disebabkan penyatuan semula ion-ion garam. Pemeriksaan morfologi menunjukan adunan PVC-LENR50 pada ketiga-tiga nisbah adalah serasi. Kehadiran garam menyebabkan terbentuknya struktur berliang mikro. Keputusan kekuatan tegangan menurun dengan peningkatan komposisi LENR50 dan peratusan berat garam.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPolymers-
dc.subjectVinil klorida-
dc.titlePenyediaan dan pencirian elektrolit polimer pepejal poli (vinil klorida) - getah asli 50% terepoksida cecair-litium perklorat-
dc.typetheses-
dc.format.pages122-
dc.identifier.callnoQC173.4.P65L436 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002574 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117072+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.