Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462610
Title: | Kajian mekanisme anti-diabetis ekstrak daun Gynura procumbens |
Authors: | Lee Hui Wen (P48558) |
Supervisor: | Halimah Abdullah Sani, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pharmaceutical Microbiology Hypoglycemic Agents Medicinal plants |
Issue Date: | 12-Jul-2012 |
Description: | Gynura procumbens, juga dikenali dengan nama tempatannya pokok sambung nyawa atau akar sebiak, telah dilaporkan mempunyai pelbagai nilai terapeutik seperti antikeradangan, anti-virus herpes simplex, anti-hipertensi, anti-oksidan, anti-hiperlipidemia, anti-steriliti dan anti-diabetis. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan anti-diabetis ekstrak akuas dan etanol daun G. procumbens ke atas profil glukosa darah, tahap toleransi glukosa, aras glikogen hati dan insulin plasma, serta mengkaji mekanisme antihiperglisemia G. procumbens menerusi aktiviti spesifik glukokinase, heksokinase, fosfofruktokinase dan fruktosa-1,6-bisfosfatase hati tikus diabetis aruhan-streptozotosin. Tikus jantan Sprague Dawley normal dan diabetis aruhan-streptozotosin (dos 55 mg/kg) dibahagikan kepada lima subkumpulan, iaitu kumpulan kawalan yang disuap-paksa dengan air suling, kumpulan perlakuan glibenklamida (5 mg/kg) atau metformin (500 mg/kg) yang berfungsi sebagai kawalan positif, kumpulan perlakuan ekstrak akuas daun G. procumbens dos 50, 100 atau 150 mg/kg, dan kumpulan perlakuan ekstrak etanol daun G. procumbens dos 50, 100 atau 150 mg/kg. Perlakuan diberikan selama 42 hari berturutturut secara suap-paksa. Ujian toleransi glukosa oral dilakukan ke atas kesemua kumpulan tikus normal dan diabetis. Ekstrak etanol daun G. procumbens pada dos 100 dan 150 mg/kg masing-masing mengurangkan dengan signifikan aras glukosa darah puasa (p<0.05), aras HbA1c (p<0.05) dan aktiviti spesifik fruktosa-1,6-bisfosfatase (p<0.01), serta meningkatkan aktiviti spesifik heksokinase dan fosfofruktokinase tikus diabetis dengan signifikan (p<0.05) dan aras glikogen hati sebanyak 68.31% dan 39.22% berbanding kawalan diabetis. Manakala, perlakuan 100 mg/kg ekstrak akuas daun G. procumbens pula mengurangkan aras glukosa darah dengan signifikan (p<0.05), aras HbA1c, dan aktiviti spesifik fruktosa-1,6-bisfosfatase (p<0.05), serta meningkatkan aktiviti spesifik heksokinase dan fosfofruktokinase tikus diabetis dengan signifikan (p<0.05) dan aras glikogen hati sebanyak 34.49% berbanding kawalan. Namun, perlakuan kedua-dua ekstrak akuas dan etanol pada ketiga-tiga dos tidak memberikan perubahan signifikan pada kepekatan insulin plasma dan aktiviti spesifik glukokinase hati tikus diabetis berbanding kawalan. Hasil ujian toleransi glukosa oral menunjukkan ekstrak akuas dan etanol daun G. procumbens masing-masing pada dos 100 mg/kg meningkatkan toleransi glukosa tikus diabetis dengan signifikan (p<0.05) berbanding kawalan. Kesimpulannya, pengambilan ekstrak daun G. procumbens berupaya memperbaiki profil glukosa darah menerusi peningkatan kadar metabolisme glukosa dan pengurangan penghasilan glukosa endogen hati. Ekstrak etanol daun G. procumbens menunjukkan kesan anti-hiperglisemia yang lebih baik berbanding ekstrak akuas.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 211 |
Call Number: | RM666.H33L436 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117070+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.