Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462609
Title: | Kajian tentang sistem garis badai tropika yang berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 10 Jun 2007 |
Authors: | Sow Khai Shein (P43964) |
Supervisor: | Liew Ju Neng, Dr. |
Keywords: | Tropical meteorology -- Malaysia Meteorology -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Apr-2011 |
Description: | Kajian ini menyelidik corak sinoptik dan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan sistem garis badai tropika melalui eksperimen simulasi berangka. Kes yang dipilih berlaku pada 10 Jun 2007 di pantai barat Semenanjung Malaysia. Peristiwa hujan ekstrem tersebut menyebabkan banjir kilat di kawasan Lembah Klang dan mengakibatkan kerugian besar kepada negara. Kejadian ini dikaji dengan menggunakan data radar cuaca, pemeruman termodinamik, data cerapan serta simulasi berangka dengan menggunakan model berskala meso Pennsylvania State University - National Center for Atmospheric Research generasi kelima (PSU/NCAR MM5). Sensitiviti model MM5 dalam menghasilkan semula corak hujan ekstrem yang berpunca daripada garis badai telah dikaji. Model tersebut telah menghasilkan hujan maksimum yang setara dengan cerapan. Tambahan pula, taburan hujan yang disimulasi juga menepati hujan cerapan. Graf yang diplot dengan menggunakan data FNL NCEP menunjukkan kewujudan satu siklon di bahagian utara Semenanjung dan satu antisiklon di luar pesisr pantai timur. Analisis sinoptik mencadangkan bahawa penumpuan angin lazim yang berkaitan dengan dua sistem siklon/antisiklon di aras rendah troposfera meningkatkan kelembapan dan ketidakstabilan atmosfera. Langit cerah pada hari tersebut menyebabkan pemanasan permukaan yang lebih kuat, perolakan telah dicetuskan dan menjadi semakin kuat pada sebelah petang. Keputusan simulasi berangka menunjukkan bahawa terdapat interaksi antara angin lazim timuran dengan peredaran angin tempatan. Bayu laut baratan yang terbentuk pada waktu siang di sepanjang pantai barat bertemu dengan angin timuran. Tambahan pula, pertembungan bayu laut dengan angin terlindung, angin celah, dan angin pinggir banjaran gunung telah menguatkan aktiviti perolakan yang mendorong pembentukan sel-sel ribut. Kelompok sel yang teraruh daripada interaksi angin-angin berkenaan kemudiannya bergabung dan menjadi satu barisan awan ribut petir. Kajian ini mencadangkan bahawa perolakan yang kuat dengan pengaruh topografi, interaksi antara sistem angin gunung dan peredaran bayu laut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan peristiwa garis badai tropika di bahagian barat Semenanjung Malaysia pada 10 Jun 2007.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 73 |
Call Number: | QC993.5.S666 2011 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115166+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.