Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462607
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Zuhairi Wan Yaacob, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorChong Yee Liew (P43479)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:25Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:25Z-
dc.date.issued2011-06-14-
dc.identifier.otherukmvital:115164-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462607-
dc.descriptionPencemaran logam berat dalam air biasanya berasal dari kemasukan air yang tercemar oleh limbah buangan industri, perbandaran, perlombongan. Untuk menulenkan air yang tercemar serta mengelakkan pencemaran logam berat menjadi semakin serius pada masa akan datang, maka penghasilan bahan penjerap yang efektif, berkos rendah, mudah diperolehi dan bersifat mesra alam yang mampu menyingkirkan logam berat adalah diperlukan. Bahan berkos rendah seperti bahan buangan abu terbang, abu dasar, sisa teh, sisa kopi, habuk gergaji serta tanah baki seperti tanah baki riolit, tanah baki andesit dan tanah baki basalt telah digunakan sebagai percubaan bahan penjerap berkos rendah untuk menjadi bahan penjerap logam berat. Bahan kajian telah dikaji dengan menggunakan dua ujian penjerapan utama iaitu ujian penjerapan berkelompok dan ujian emparan. Logam berat yang digunakan dalam ujian penjerapan ialah Pb, Cu, Zn, Cd, Co dan Ni. Dua jenis ujian penjerapan tersebut menunjukkan urutan penjerapan logam berat yang sama di mana kapasiti penjerapan logam berat yang tinggi adalah unsur Pb dan Cu dan kapasiti penjerapan unsur Ni yang terendah. Kapasiti penjerapan terhadap unsur logam berat adalah mengikut urutan berikut Pb > Cu > Zn > Cd > Co > Ni. Kapasiti penjerapan bahan kajian berdasarkan nilai pemalar penjerapan (Kd) sedikit berbeza di mana, urutan kapasiti penjerapan logam berat oleh bahan kajian dalam ujian penjerapan berkelompok ialah abu terbang > tanah baki andesit > abu dasar > sisa teh > sisa kopi > habuk gergaji > tanah baki basalt > tanah baki riolit. Manakala urutan kapasiti penjerapan logam berat oleh bahan kajian dalam ujian emparan adalah tanah baki andesit > abu terbang > sisa teh > abu dasar > sisa kopi > tanah baki basalt > tanah baki riolit > habuk gergaji. Walaubagaimanapun, dua jenis ujian penjerapan menunjukkan abu terbang dan tanah baki andesit mempunyai kapasiti penjerapan yang tertinggi dan paling berpotensi sebagai bahan penjerap logam berat. Data ujian Toxicity Characteristic Leaching Procedure (TCLP) menunjukkan abu terbang adalah selamat digunakan kerana kandungan unsur logam berat yang dibebaskan oleh abu terbang masih berada di bawah piawai TCLP yang ditentukan oleh United States Environmental Protection Agency (USEPA). Manakala tanah baki andesit yang mempunyai kandungan fraksi lempung, nilai pH, kandungan organik, nilai kapasiti pertukaran kation dan kawasan luas permukaan spesifik yang tinggi menyebabkan ia berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan penjerap logam berat. Tanah baki andesit ialah bahan geologi semula jadi dan abu terbang ialah bahan buangan yang berkos rendah. Maka, dua jenis bahan kajian tersebut berpotensi dijadikan bahan penjerap yang berkos rendah, efektif, mudah diperolehi dan bersifat mesra alam yang mampu menyingkirkan logam berat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSewage -- Purification -- Heavy metals removal-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian penjerapan logam berat oleh tanah dan sisa terbuang-
dc.typetheses-
dc.format.pages132-
dc.identifier.callnoTD758.5.H43C496 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002507(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115164+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.