Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462606
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizan Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorJamilah Karim (P43919)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:25Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:25Z-
dc.date.issued2011-02-18
dc.identifier.otherukmvital:115163
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462606-
dc.descriptionPenyediaan dan pencirian nanokomposit polivinil klorida (PVC)-50% getah asli terepoksida (ENR50) berpengisi silika telah dikaji. Nanokomposit PVC-ENR50 berpengisi silika disediakan melalui teknik sol-gel dalam pelarut tetrahidrofuran (THF). Tetraetoksilana (TEOS) digunakan sebagai sumber bagi pembentukan silika secara in-situ. Kesan pembentukan silika dalam matrik PVC-ENR50 dikaji berdasarkan tiga parameter iaitu kuantiti TEOS, pH larutan dan penambahan etanol (EtOH). Kuantiti TEOS divariasikan pada kadar 0 hingga 50% berat dan pH larutan dikawal menggunakan asid hidroklorik (HCl) pada skala pH 1.0, 1.5 dan 2.0. Komposit disediakan dalam dua keadaan iaitu dengan penambahan EtOH dan tanpa penambahan EtOH. Kewujudan ikatan Si-O-Si yang menunjukkan pembentukan silika dalam matrik PVC-ENR50 ditunjukkan pada 1069 cm-1 melalui analisis spektrum inframerah. Komposit yang disediakan pada pH 2.0 tanpa penambahan EtOH menunjukkan kekuatan regangan tertinggi pada 30% berat penambahan TEOS dengan nilai 25.3 MPa. Pada penambahan TEOS yang lebih tinggi, nilai kekuatan regangan komposit menurun. Analisis TGA dan DSC masing-masing menunjukkan peratus silika yang terbentuk dan suhu peralihan kaca (Tg) matrik PVC-ENR50 meningkat dengan pertambahan TEOS. Pemeriksaan morfologi melalui SEM menunjukkan adunan kedua-dua polimer PVC dan ENR50 adalah homogen dan silika yang terbentuk dalam matrik PVC-ENR50 semakin banyak dengan pertambahan TEOS. Mikrograf TEM pula menunjukkan saiz silika yang terbentuk berada dalam julat nanometer dan terserak secara sekata dalam matrik PVC-ENR50. Gumpalan silika jelas kelihatan pada penambahan TEOS melebihi 30% berat. Kesimpulannya, matrik PVC-ENR50 berpengisi silika yang disediakan pada pH 2.0 tanpa penambahan EtOH adalah berciri nanokomposit. Pada keadaan ini, sifat regangan yang ditunjukkan adalah tinggi dan silika terserak dalam julat nanometer secara sekata dalam matrik polimer tersebut.,Tesis ini tidak ada �Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah�,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectPolymeric�composites
dc.subjectNanostructured�materials
dc.subjectNanocomposites�(Materials)
dc.subjectSilica
dc.subjectUniversiiti�Kebangsaan�Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenyediaan dan pencirian nanokomposit polivinil klorida (PVC)-50 % getah asli terepoksida (ENR50) berpengisi silika
dc.typetheses
dc.format.pages118
dc.identifier.callnoTA418.9.C6J338�2011�tesis
dc.identifier.barcode002506(2011)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115163+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.