Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462604
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Daman Huri Mohammed-
dc.contributor.authorNik Norhazrina Nik Mohd Kamil (P46480)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:24Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:24Z-
dc.date.issued2011-01-04-
dc.identifier.otherukmvital:115159-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462604-
dc.descriptionSatu kajian mengenai flora lumut jati telah dilakukan di Gunung Korbu, Perak (2183 m a.p.l.) yang merupakan gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia. Dalam kajian ini, 878 spesimen lumut jati yang dikutip dari gunung ini telah dikaji. Sejumlah 118 spesies, lima subspesies, 19 varieti dan satu forma lumut jati dalam 65 genus dan 26 famili telah dicamkan mengikut kajian ini. Bilangan ini mewakili 25.5% daripada 560 takson di peringkat spesies dan ke bawah, 41.7% daripada 156 genus dan 60.5% daripada 43 famili yang telah dilaporkan bagi Semenanjung Malaysia. Selain itu, bilangan ini juga mewakili 69.4% daripada 206 takson, 83.3% daripada 78 genus dan 81.3% daripada 32 famili yang dilaporkan terdapat di negeri Perak. Di kalangan 143 takson di peringkat spesies dan ke bawah lumut jati yang direkodkan, dua spesies daripada genus Distichophyllum dan Leucoloma tidak dapat dicamkan dan berkemungkinan merupakan spesies baru atau catatan baru atau cuma variasi bagi takson sedia ada. Selain itu, enam takson di peringkat spesies dan ke bawah pula merupakan tambahan baru bagi brioflora Semenanjung Malaysia iaitu Acroporium praelongum var. aciphylloides, A. ramuligerum, Chionostomum rostratum, Gammiella pterogonioides, Himantocladium flaccidum dan Rhizogonium lamii, manakala 51 takson di peringkat spesies dan ke bawah dicatat buat pertama kali bagi Perak. Sematophyllaceae merupakan famili terbesar dengan 30 takson di peringkat spesies dan ke bawah yang mewakili 20.7% daripada jumlah keseluruhan takson di peringkat spesies dan ke bawah yang telah direkodkan bagi gunung ini, diikuti oleh Calymperaceae dengan 27 takson di peringkat spesies dan ke bawah atau 18.9%. Sebahagian besar lumut jati yang terdapat di Gunung Korbu ini hidup secara kortikol (67.6%), diikuti oleh lignikol (32. 4%). Satu konspektus bagi genus, kekunci bagi genus dan spesies serta satu senarai semak bagi lumut jati yang dijumpai di Gunung Korbu beserta huraian dan ilustrasi bagi setiap spesies telah disediakan. Tahap kesamaan spesies yang terdapat di Gunung Korbu menunjukkan peratusan yang agak tinggi dengan gunung yang terletak berdekatan iaitu Gunung Mandi Angin (42.1%) dan Gunung Stong (40.3%), manakala peratusan kesamaan spesies dengan Gunung Jerai adalah paling rendah iaitu 26.9%. Corak taburan geografi takson lumut jati Gunung Korbu kebanyakannya terdiri daripada unsur Asia (23.1%), diikuti oleh kumpulan Malesia dan subkumpulan Asia-Oceania masing-masing dengan 17.5%.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBryophytes -- Malaysia -- Perak-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleFlora lumut jati (bryophyta) di Gunung Korbu, Perak-
dc.typetheses-
dc.format.pages386-
dc.identifier.callnoQK533.84.M4N537 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002502(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115159+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.