Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462603
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazaruddin Ramli, Dr.-
dc.contributor.authorAftar Mizan Abu Bakar (P45134)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:24Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:24Z-
dc.date.issued2011-05-05-
dc.identifier.otherukmvital:115158-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462603-
dc.descriptionLipid berstruktur (SL) berkalori rendah daripada gantian lemak koko (CBS) telah dibangunkan melalui adunan tigaan secara terus antara fraksi pertengahan sawit (PMF), stearin sawit (POs) dan minyak zaitun (OO). Ciri-ciri fiziko-kimia seperti kandungan lemak pepejal (KLP), takat lebur gelincir (SMP) dan kelakukan peleburan/penghabluran ditentukan ke atas semua adunan, lemak koko dan sampel komersil (CBS). Sampel adunan yang mempunyai KLP menyamai lemak koko dan sampel komersil dipilih dan ditentukan komposisi triasilgliserol (TAG), komposisi asid lemak, kandungan asid lemak bebas (FFA), nilai iodin (IV), nilai peroksida (PV) dan nilai penyabunan (SV). Hasil analisis KLP pada suhu bilik (25°C) menunjukkan adunan S10 (85% PMF: 5% POs: 10% OO) mempunyai profil KLP (56.69%) lebih tinggi daripada lemak koko (35.05%). Adunan ini kemudiannya dipilih untuk kajian pengoptimuman asidolisis berenzim terhadap beberapa parameter seperti % penggunaan lipase spesifik sn-1,3 (TLIM) antara 1-10%, nisbah mol asid lemak kaprilik(C8:0) dan kaprik (C10:0) antara 1-5 mol, suhu (40-60°C) dan masa (4-48 jam). Berdasarkan analisis KLP selepas asidolisis, sampel A17 menunjukkan persamaan dengan profil KLP lemak koko dan di dapati parameter optimum adunan tersebut adalah dengan kepekatan 1% enzim, 1 mol C8:0/C10:0 pada suhu 40°C selama 4 jam tindak balas. Kajian penyerapan SL (A17) seterusnya dilakukan ke atas tikus putih dewasa (strain Sprague-Dawley) dan dibandingkan dengan sampel kawalan S10 (PMF:POs:OO, 85:5:10). Dalam kajian ini, kesemua tikus disuap paksa selama 2 bulan dengan kawalan (Kumpulan 1, K1), SL dos rendah C8:0 (K2), SL dos sederhana C8:0 (K3), SL dos tinggi C8:0 (K4), SL dos rendah C10:0 (K5), SL dos sederhana C10:0 (K6) dan SL dos tinggi C10:0 (K7). Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan berat (+14.68g) bagi kawalan (K1), sementara penurunan berat (-7.40g, -8.25g, -9.27g, -7.10g, -8.44g dan -8.80g masing-masing) bagi kumpulan K2, K3, K4, K5, K6 dan K7. Keputusan analisis biokimia ke atas lipid plasma tikus menunjukkan bahawa jumlah kolesterol bagi tikus yang disuapkan dos rendah (1.23±0.04, 1.18±0.06mmol/L), sederhana (1.21±0.06,1.16±0.08mmol/L), tinggi C8:0/C10:0 (1.17±0.05, 1.12±0.07mmol/L) adalah rendah secara signifikan (p<0.05) berbanding dengan tikus yang disuapkan dengan kawalan (1.31±0.06mmol/L). Sementara untuk LDL jumlah, SL berdos tinggi C8:0/C10:0 adalah lebih rendah (0.62±0.08 mmol/L, 0.49±0.03mmol/L) secara signifikan (p<0.05) berbanding tikus yang diberikan kawalan (0.71±0.07mmol/L). Gantian lemak koko berstruktur terpilih (A17) telah digunakan dalam penghasilan coklat gelap. Keputusan mendapati coklat yang dihasilkan lebih lembut, tidak stabil pada suhu penyimpanan 16ºC dan 28ºC dan kurang digemari kerana rasa asing yang agak ketara. Walau bagaimanapun penambahan SL mempengaruhi secara signifikan (p<0.05) kilatan permukaan coklat. Nilai kalori bagi coklat SL C8:0/C10:0 adalah lebih rendah secara signifikan (p<0.05) berbanding coklat CBS komersil. Sementara penyimpanan coklat berkalori rendah tersebut pada suhu 16ºC dan 28ºC tidak membentuk bebunga lemak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCocoa butter-
dc.subjectEnzymatic analysis-
dc.subjectPalms-
dc.subjectChocolate-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenghasilan gantian lemak koko berkalori rendah daripada fraksi pertengahan sawit, stearin sawit dan minyak zaitun melalui tindak balas asidolisis berenzim-
dc.typetheses-
dc.format.pages201-
dc.identifier.callnoTP640.A358 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002501(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115158+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.