Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462600
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Osman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Noor Baiti Abdul Aziz (P41307) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:22Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:22Z | - |
dc.date.issued | 2011-04-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114905 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462600 | - |
dc.description | Rosel (Hibiscus sabdariffa L.) dari famili Malvaceae merupakan spesies tanaman tahunan yang masih baru di Malaysia. Disamping kaya dengan kandungan antosianin dan vitamin C, kaliks rosel juga mengandungi asid hidroksisitrik (HCA) iaitu suatu agen pelangsing badan yang berkesan. Memandangkan larutan HCA adalah tidak stabil dan mudah berubah kepada pepejal lakton, maka kandungan lakton asid hidroksisitrik digunakan sebagai asas untuk menentukan kehadiran dan kandungan HCA dalam beberapa aksesi rosel. Enam aksesi rosel iaitu aksesi 3 (MARDI), 6 (Terengganu), 12 (PHR), 21 (Arab), titisan HS03100-29-7-1-3-6-1 dan HS2180-1-36 -49-4-1-1 daripada koleksi germplasma UKM ditentukan kandungan lakton. Manakala dua spesies Garcinia iaitu Garcinia cambogia dan G. atroviridis daripada kutipan tempatan digunakan sebagai kawalan. Lakton daripada semua sampel rosel dan kawalan diekstrak melalui dua kaedah pengekstrakan iaitu kaedah pengekstrakan aseton dan akues. Ekstrak aseton disimpan di dalam desikator pada suhu bilik selama 2 - 3 bulan untuk membolehkan lakton terbentuk. Manakala ekstrak akues disimpan dalam suhu 4 °C. Lakton yang terbentuk daripada pengekstrakan aseton ditimbang dan ciri-ciri fizik kimia seperti bentuk dan warna hablur, higroskopisiti, keterlarutan di dalam air, alkohol, eter, klorofom dan aseton, pH larutan akues serta takat leburnya ditentukan. Penentuan kandungan lakton disahkan melalui analisis HPLC dengan lakton Garcinia yang disediakan sebagai piawai. Hasil kajian menunjukkan kesemua sampel rosel menghasilkan lakton berbentuk jejarum kristal kecil berwarna putih sama seperti bentuk lakton yang dihasilkan oleh dua spesies Garcinia. Sifat higroskopisiti lakton semua rosel adalah mudah membentuk larutan HCA berbanding lakton dua spesies Garcinia. Aksesi rosel secara purata menghasilkan lakton sebanyak 2 - 30% berbanding spesies Garcinia sebanyak 22 - 23% daripada serbuk kering sampel. Kandungan lakton bagi aksesi 3, 6, 12, 21, titisan HS03100-29-7-1-3 -6-1 dan HS2180-1-36-49-4-1-1 adalah masing-masing sebanyak 1.52, 5.91, 2.37, 0.52, 5.34 dan 0.43 g/20 g serbuk kering kaliks berbanding 4.35 dan 4.60 g/20 g serbuk kering buah bagi G. cambogia dan G. atroviridis. Keputusan daripada ujian kelarutan, iaitu sangat larut di dalam air, alkohol dan aseton, tetapi sedikit larut di dalam eter dan klorofom pada lakton rosel berbanding mudah larut pada lakton Garcinia. pH larutan akues lakton adalah pada julat 6.5 - 6.8 selain takat lebur pada Garcinia 192 °C dan rosel 186 °C mengesahkan produk yang terhasil adalah sejenis lakton. Perbandingan kromatogram HPLC Garcinia dan rosel membuktikan kehadiran lakton dalam semua aksesi rosel dengan kehadiran satu puncak major pada masa tahanan (RT) 2.738 - 2.769 minit. Analisis korelasi lengkuk piawai juga memberikan nilai R2 = 97.6% pada kepekatan lakton yang berbeza. Esktrak akues sampel segar dan serbuk kering rosel serta Garcinia menghasilkan puncak lakton masing-masing pada RT = 2.778 - 2.795 dan 2.799 - 2.787 minit. Nilai Rf tompok kuning lakton rosel pada kertas kromatografi menunjukkan julat pada 0.37 - 0.39 berbanding Garcinia iaitu 0.41 - 0.42. Hasil kromatogram lakton rosel dan Garcinia daripada ujian kertas kromatografi adalah pada RT = 2.715 - 2.786 minit selain puncak HCA pada RT = 2.902 - 2.950 minit. HCA tulen hasil pertukaran ion kromatografi disahkan hadir pada puncak major RT = 2.908 - 2.986 minit pada semua sampel rosel dan Garcinia. Penilaian garam HCA pada rosel dan Garcinia menunjukkan natrium, kalium dan kalsium hidroksisitrat adalah masing-masing pada RT = 2.816 - 2.833, 3.112 - 3.160 dan 3.001 - 3.072 minit selain turut hadir kandungan lakton pada RT = 2.700 - 0.01 minit semua garam HCA.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hydroxycitric acid | - |
dc.subject | Citric acid | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penentuan dan pencirian kandungan asid hidroksisitrik (HCA) pada enam aksesi rosel (hibiscus sabdariffa L.) melalui pengekstrakan lakton | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 170 | - |
dc.identifier.callno | QD341.A2N644 2011 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002488(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114905+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.