Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462598
Title: | Penyediaan dan pencirian hibrid getah asli terepoksida berakrilat cecair (lenra) / silika dengan teknik sol-gel |
Authors: | Eda Yuhana Ariffin (P43390) |
Supervisor: | Azizan Ahmad, Dr. |
Keywords: | Rubber Acrylates Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Mar-2011 |
Description: | Hibrid getah asli terepoksida berakrilat cecair (LENRA)/silika telah disediakan menggunakan teknik sol-gel. Pelbagai sifat komposit dikaji terhadap dua kaedah penyediaan menggunakan adukan mekanik dan homogenizer. Tetraetilortosilikat (TEOS) merupakan bahan pemula dalam penghasilan silika. Sinaran ultralembayung (UV) digunakan bagi menurunkan berat molekul getah asli terepoksida cecair (LENR) dan meningkatkan permatangan sampel. Kesan berat molekul LENRA dan kandungan TEOS dikaji bagi komposit tersebut dengan menggunakan analisis fizik, infra-merah, mekanik, terma dan pemeriksaan morfologi. Analisis fizik menunjukkan sampel yang diperoleh adalah lutsinar dengan nilai serapan hampir menyamai nilai serapan kaca iaitu 90%. Analisis spektroskopi infra-merah menunjukkan kewujudan kumpulan (Si-O-Si) dan kumpulan silanol (Si-OH) masing-masing pada nombor gelombang sekitar 1100cm-1 dan 870 cm-1. Ujian kekerasan pendulum dan ujian calaran menunjukkan nilai optimum masing-masing pada 30phr dengan nilai 60.30% dan 0.7N. Analisis Termogravimetri (TGA) digunakan untuk mendapatkan peratus silica di dalam hibrid komposit. Bagi ujian Kalorimeter Imbasan Keberdaan (DSC), nilai Tg yang diperoleh ialah sekitar 40oC dan semakin meningkat apabila kandungan TEOS meningkat. Berdasarkan pemeriksaan morfologi didapati partikel silika yang terbentuk di dalam matrik polimer adalah bersaiz nano dan tersebar secara homogen bagi sampel LENRA dengan berat molekul tinggi. Penambahan TEOS selepas takat optimum menunjukkan silika yang terbentuk di dalam matrik teraggregat dan beraglomerat. Penggunaan LENRA dengan berat molekul yang tinggi berbanding dengan yang berberat molekul rendah dapat memperbaiki sifat fizik, mekanik, terma dan morfologi bagi hibrid LENRA/silika kerana pergerakan rantaian molekul yang rendah menyebabkan silika yang terbentuk di dalam matrik dapat tersebar secara homogen. Homogenizer turut memperbaiki sifat hibrid LENRA/silika berbanding adukan mekanikal kerana kelajuan rotornya yang tinggi menyebabkan partikel silika yang terbentuk bersaiz kecil dan tersebar secara homogen di dalam matrik polimer.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana |
Pages: | 106 |
Call Number: | TS1890.E335 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114902+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.