Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462596
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRusli Daik, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSiti Syahirah Mohd Rusli (P43412)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:20Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:20Z-
dc.date.issued2011-07-08-
dc.identifier.otherukmvital:114894-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462596-
dc.descriptionPolipirola (PPy) berdop surfaktan telah disintesis pada suhu 0 °Cmelalui kaedah pempolimeran oksidatif kimia menggunakan natrium dodesilbenzenasulfonat (NaDBS) sebagai surfaktan dan ferum sulfat sebagai oksidan. Sintesis polipirola berdop NaDBS disahkan melalui spektroskopi FTIR dan analisis unsur CHNS-O. Nanokomposit polipirola berdop NaDBS /getah kloroprena (CR) disediakan menggunakan kaedah sebaran koloid dalam empat komposisi dengan nisbah berat PPy berdop kepada CR 20:80, 30:70, 40:60 dan 50:50. Nanokomposit PPy berdop/CR 30:70, 40:60 dan 50:50 dipilih untuk penyediaan nanokomposit PPy berdop/CR/bahan seramik silikon karbida, boron nitrida dan silikon nitrida menggunakan kaedah sebaran koloid. Hasil pemeriksaan menggunakan FESEM menunjukkan saiz zarah PPy berdop yang diperoleh adalah dalam julat 60.3 nm sehingga 105.0 nm, manakla bagi komposit PPy/CR saiz zarah adalah dalam julat 90.0 nm sehingga 140.5 nm. Saiz zarah PPy dalam komposit PPy/CR/bahan seramik pula adalah dalam julat 26.9 nm sehingga 135.9 nm. Kekonduksian terma PPy berdop ialah 0.465 W/mK. Nilai kekonduksian terma meningkat dengan peningkatan kandungan PPy berdop dalam nanokomposit. Nilai kekonduksian terma bagi kandungan PPy berdop yang paling tinggi (50:50) ialah 0.395 W/mK manakala bagi kandungan PPy berdop yang paling rendah (80:20) ialah 0.326 W/mK. Komposit PPy berdop/CR/SiC 50/50/5% menunjukkan nilai kekonduksian terma yang paling tinggi iaitu 0.702 W/mK. Komposit dengan bahan pengisi yang tersebar dengan sekata menunjukkan nilai kekonduksian terma yang tinggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectConducting polymers -- Synthesis-
dc.subjectPyrroles -- Synthesis-
dc.subjectPolyethylene -- Synthesis-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSintesis dan kajian kekonduksian terma polipirola berdop NaDBS dan nanokomposit polipirola berdop / getah kloroprena-
dc.typetheses-
dc.format.pages91-
dc.identifier.callnoQD382.C66S585 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002475(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114894+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
608.28 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.