Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462595
Title: | Analisis perikanan muara dan heterogeniti hutan paya bakau Sungai Santi |
Authors: | Mohd Akmal Sobari (P41281) |
Supervisor: | Mazlan Abdul Ghaffar, Prof. Dr. |
Keywords: | Fishes -- Malaysia -- Johor Fisheries -- Malaysia -- Johor Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Jun-2011 |
Description: | Kajian yang dilakukan ini merangkumi tiga komponen utama iaitu analisis data biologi dan struktur komuniti ikan, analisis perubahan guna tanah di kawasan lembangan dan analisis data perangkaan tahunan perikanan. Perolehan data di lapangan menunjukkan sejumlah 1,265 ekor ikan daripada 46 spesies dan 37 famili telah ditangkap menggunakan pukat hanyut di tiga lokasi persampelan utama di sekitar muara, pertengahan dan bahagian dalam hutan paya bakau Sungai Santi, sepanjang tempoh kajian selama setahun bermula dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008. Dua puluh tiga spesies dari 16 famili (mewakili 90% komposisi kelimpahan relatif) didominasi oleh famili Leiognathidae, Triacanthidae, Clupeidae dan Ariidae. Keseluruhan Indek Kepelbagaian Shannon-Weiner adalah rendah pada ketiga-tiga lokasi persampelan. Lokasi 2 mencatatkan bacaan indeks kepelbagaian yang tertinggi (H'=4.217). Hasil kajian juga menunjukkan empat dan enam spesies ikan di lokasi 1 dan lokasi 2 masing-masing mencatatkan indeks kesamarataan (J') rendah, iaitu 1.042 dan 1.112. Tiada perbezaan signifikan (p>0.05) di antara taburan ikan bagi setiap lokasi, bulan dan musim. Nilai korelasi negatif ditunjukkan oleh kekeruhan air (r = -0.48) dengan bilangan ikan yang ditangkap di setiap sub-lokasi persampelan berbanding lima parameter fizikal air lain mencatatkan nilai korelasi positif. Kawasan lembangan Sungai Santi mengalami pelbagai perubahan guna tanah pada kadar yang berlainan dari tahun 1991 hingga 2007. Analisis guna tanah menunjukkan kawasan pertanian, badan air, dan hutan mengalami pertambahan keluasan, berbanding penurunan keluasan sejumlah 15.8 % (350 ha) yang direkodkan bagi kawasan hutan paya bakau. Matrik perubahan guna tanah menunjukkan 22% pengurangan kawasan hutan paya bakau disumbangkan oleh kegiatan aktiviti manusia berbanding 78% disebabkan oleh perubahan semulajadi. Analisis lanjutan tangkapan menunjukkan indeks tangkapan per-unit usaha (CPUE) yang rendah direkodkan di kawasan kajian bagi setiap bulan persampelan, iaitu kurang dari 2.6 kg trip penangkapan-1 dengan purata tangkapan 4 kg ikan sehari. Selain itu, analisis data perangkaan tahunan perikanan (merujuk perkakasan tradisional sahaja) mendapati bacaan indeks CPUE di antara 12.76 kg trip penangkapan-1 bagi perkakasan pukat hanyut hingga 160.97 kg trip penangkapan-1 bagi perkakasan pancing setiap tahun dari tahun 2000 hingga 2007. Nilai korelasi positif (r = 0.702) ditunjukkan oleh pendaratan ikan laut bagi perkakasan bubu dengan perubahan keluasan hutan paya bakau Sungai Santi, berbanding korelasi negatif yang diperolehi oleh tiga perkakasan lain iaitu belat (r = -0.8), pancing (r = -0.603), dan pukat hanyut (r = -0.464). Kesimpulanya, kajian ini menyediakan maklumat asas yang signifikan di antara heterogeniti hutan paya bakau dan komuniti ikan di muara Sungai Santi. Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti sumbangan pendaratan ikan laut di kawasan Johor Timur dan menghubungkannya dengan perubahan yang berlaku terhadap perubahan guna tanah kawasan hutan paya bakau di Lembangan Sungai Santi, bagi membantu meningkatkan pemahaman tentang hubungan di antara hutan paya bakau dan perikanan muara di Semenanjung Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana |
Pages: | 260 |
Call Number: | QL634.M4M833 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114887+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.