Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460901
Title: Pemilihan bahasa oleh masyarakat Aceh di kawasan Kota Madya Medan Propinsi Sumatera Utara Indonesia
Authors: Ridwan Hanafiah (A4620)
Keywords: Achinese (Indonesian people) -- Languages
Medan (Indonesia) -- Languages
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Nov-1997
Description: Kajian ini adalah tentang pemilihan bahasa oleh masyarakat Aceh di kawasan Kota Madya Medan Propinsi Sumatera Utara Indonesia. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui secara pasti tentang pola pemilihan bahasa, sama ada bahasa Aceh (BA), bahasa Indonesia (BI) dan campuran bahasa Aceh dengan bahasa Indonesia (B-1) oleh masyarakat Aceh di kawasan Kota Madya dalam berinteraksi dengan sesama suku Aceh dalam domain pertuturan di rumah dengan keluarga dan suami isteri, dalam pergaulan sehari-hari dengan sesama suku, dalam aktiviti sosial dalam lingkungan masyarakat Aceh, dan dalam domain situasi rasmi dengan sesama suku pada masa bekerja. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan melihat pengaruh atau peranan serta hubungan faktor jantina, umur, pendidikan dan faktor sebab dalam pemilihan bahasa dalam ke empat-empat domain yang dikaji. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah metode kualitatif dan kuantitatif dengan teknik analisis formula khi kuasa dua. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat Aceh yang bermastautin di kawasan Kota Madya Medan, dalam berinteraksi dengan sesama suku hanya sebilangan kecil yang memilih menggunakan BA secara peratus. Dalam situasi rasmi mereka lebih memilih menggunakan BI, manakala dalam domain setengah rasmi dan tidak rasmi mereka lebih cendrung memilih menggunakan BA/BI. Khususnya bagi generasi muda yang berumur 20 tahun ke bawah, mereka kurang berminat memilih menggunakan BA walaupun dalam domain tidak rasmi. Mereka lebih berminat memilih menggunakan bahasa campur BNBI dan BI. Dari segi hubungan yang signifikan pula, didapati bahawa faktor jantina, umur, pendidikan, dan faktor sebab hampir keseluruhannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan ke empat-empat domain yang dikaji.,Sarjana Sastera
Call Number: PL5191.R53 1997 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_1251+ABSTRACT+ABSTRACT.0.PDF
  Restricted Access
929.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_1251+Source+Source.0.PDF
  Restricted Access
7.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.