Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460823
Title: Pengaruh gelagat usahawan kepada amalan inovasi pembungkusan dalam kalangan usahawan mikro makanan
Authors: Mahani Amat@Halimi (P92314)
Supervisor: Suraiya Ishak, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pemasaran
Usahawan mikro makanan
Inovasi pembungkusan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Oct-2020
Description: Pembungkusan merupakan elemen pemasaran yang berupaya meningkatkan kebolehpasaran produk dalam pasaran masa kini. Justeru itu, agensi seperti Jabatan Pertanian, FAMA dan UPEN telah menyediakan pelbagai program bimbingan bagi meningkatkan keupayaan usahawan mikro makanan dalam inovasi pembungkusan selari dengan kehendak pasaran. Kerangka kajian berasaskan Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) Ajzen (1991) dibina bagi menyelidiki tingkah laku inovasi pembungkusan dalam kalangan usahawan mikro makanan bimbingan agensi. Objektif kajian adalah untuk menganalisis amalan inovasi pembungkusan dan mengukur tahap pengetahuan, sikap, dan kesedaran mengenai inovasi pembungkusan dalam kalangan usahawan mikro makanan terlibat. Seterusnya, menganalisis perkaitan di antara amalan inovasi pembungkusan dengan faktor pendorong, iaitu pengetahuan, sikap, kesedaran, kewangan, jaringan institusi dan teknologi (PSiKKIT). Pendekatan kajian secara kuantitatif ini menggunakan soal selidik bagi mendapatkan data kajian. Skop kajian terdiri daripada usahawan mikro makanan di bawah bimbingan agensi seperti Jabatan Pertanian, FAMA dan UPEN di Negeri Selangor. Kaedah persampelan sistematik telah dipilih bagi menentukan persampelan kajian yang terdiri daripada 54 orang populasi usahawan mikro makanan di bawah bimbingan agensi. Walau bagaimanapun, hanya 40 responden yang layak untuk dianalisis. Analisis deskriptif digunakan bagi menghurai tahap amalan, pengetahuan, sikap dan kesedaran usahawan. Manakala, analisis inferensi korelasi Pearson dan regresi berbilang (enter) digunakan untuk melihat hubungan dan pengaruh antara faktor PSiKKIT dengan amalan inovasi pembungkusan. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan inovasi pembungkusan usahawan mikro makanan bimbingan agensi ini adalah tinggi. Amalan inovasi pembungkusan boleh dipertingkatkan lagi dengan peningkatan pengetahuan, sikap yang positif dan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan usahawan mikro makanan bimbingan agensi. Tingkah laku inovasi pembungkusan usahawan mikro makanan adalah terkait dengan faktor sikap, kesedaran, dan jaringan institusi. Analisis regresi pelbagai mendapati jaringan institusi adalah faktor peramal paling dominan yang menyumbang kepada amalan inovasi pembungkusan. Penggunaan teori TPB yang mendasari kajian ini adalah relevan dan sesuai diaplikasikan dalam konteks kajian. Bagi meningkatkan pemasaran yang berdaya saing, usahawan mikro makanan perlu sepenuhnya melakukan inovasi pembungkusan yang dipacu oleh faktor sikap, kesedaran dan jaringan institusi. Input kajian dapat menambahbaik perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi pembimbing dalam merangka program keusahawanan yang lebih holistik dan berkesan.,Sarjana Falsafah
Pages: 198
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124067+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.