Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460818
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNovel Lyndon, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Atif Johari (P77875)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:52Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:52Z-
dc.date.issued2019-01-06
dc.identifier.otherukmvital:122407
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460818-
dc.descriptionKeberkesanan kawalan sosial formal dan tidak formal yang sedia ada dalam mengawal tahap kesejahteraan komuniti tempatan seringkali dipersoalkan. Hal ini disebabkan, perasaan tidak selamat dan pemahaman mereka tentang kawalan sosial tersebut yang perlu diinovasikan, agar seiring dengan arus perubahan persekitaran sosial dan pemodenan komuniti. Oleh sebab itu, objektif utama kajian ini ialah untuk memahami pandangan dunia komuniti lokal tentang makna rasa selamat dan jenis kawalan sosial yang telah digunakan serta jenis inovasi keselamatan yang telah dibentuk oleh komuniti perumahan kos rendah. Kajian ini, menggunakan pendekatan fenomenologi yang berasaskan ontologi idealis dan espistemologi konstruksionis. Kajian ini dijalankan di di Taman Teluk Villa, Putatan Sabah. Sejumlah 12 orang informan telah dipilih dalam kajian ini menggunakan teknik persempelan bukan kebarangkalian iaitu persampelan bertujuan dan bola salji. Data dalam kajian ini dikutip menggunakan teknik temubual mendalam dan perbincangan kumpulan terfokus. Dapatan kajian mendapati makna rasa selamat menurut pandangan dunia komuniti lokal ini dibahagikan kepada dua tema utama iaitu keselamatan nyawa dan kebendaan dan hubungan antara ahli komuniti. Makna selamat berasaskan nyawa dan kebendaan terdiri daripada nyawa diri sendiri, ahli keluarga, jiran, haiwan perliharaan dan keselamatan harta benda. Seterusnya, makna selamat melibatkan hubungan antara ahli komuniti adalah berasaskan kesepaduan sosial antara ahli komuniti di kawasan perumahan tersebut dan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dengan keselamatan mereka. Dapatan selanjutnya ialah terdapat dua jenis pembetukan inovasi yang telah dihasilkan iaitu inovasi terhadap kawalan tradisional yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, pemeliharaan haiwan, interaksi sosial antara ahli komuniti, amalan keagamaan dan kepercayaan tradisi. Manakala, jenis inovasi kawalan berasaskan teknologi melibatkan penggunaan aplikasi internet dalam telefon pintar, pemasangan pagar elektronik, penggunaan perakam litar tertutup, alat penggera keselamatan dan penggera kenderaan. Kesimpulannya, jenis pekerjaan, jumlah pendapatan dan tahap pendidikan mempengaruhi pandangan komuniti lokal tentang makna rasa selamat dan pembentukan jenis inovasi kawalan keselamatan di kawasan perumahan mereka.,Sarjana Sains Sosial
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectCrime prevention
dc.subjectCommunities -- Social aspects
dc.subjectViolence -- Prevention
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKawalan sosial dan pembentukan inovasi keselamatan dalam kalangan komuniti perumahan kos rendah di daerah Putatan, Sabah
dc.typetheses
dc.format.pages164
dc.identifier.callnoHV7431.M843 2019 tesis
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122407+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
360.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.