Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460817
Title: Faktor kesihatan mental dan kemahiran hidup gelandangan di desa bina diri Malaysia
Authors: Ku Basyirah Ku Yaacob (P74417)
Supervisor: Mohd Suhaimi Mohamad, Dr.
Keywords: Homeless persons -- Mental health services
Homeless persons -- Mental health
Mental health personnel and patient
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2019
Description: Tahap kemahiran hidup dan kesihatan mental golongan gelandangan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk memulihkan mereka supaya dapat berdikari di dalam komuniti. Tahap kemahiran hidup dipengaruhi oleh faktor kesihatan mental yang mana perlu dipertimbangkan dalam usaha untuk memperkasakan gelandangan. Tujuan kajian ini untuk mengkaji hubungan di antara kesihatan mental; kebimbangan, kemurungan, positif afektif dan kawalan tingkah laku dengan kemahiran hidup dalam kalangan gelandangan di Desa Bina Diri Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan secara berturutan. Kaedah kuantitatif menggunakan dua set soal selidik yang telah diadaptasi daripada Mental Health Inventory-18 dan Life Skills Profile-39 ke atas 315 gelandangan yang dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Manakala kajian kualitatif melibatkan temubual dengan enam orang pegawai yang menguruskan kes gelandangan. Hasil analisis ke atas data kuantitatif menunjukkan wujudnya hubungan negatif yang signifikan di antara sub-skala negatif kesihatan mental; kebimbangan dan kemurungan dengan kemahiran hidup. Analisis seterusnya mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan di antara sub-skala positif kesihatan mental; positif afektif dan kawalan tingkah laku dengan kemahiran hidup. Berdasarkan analisis tematik ke atas data kualitatif, mendapati terdapat empat tema utama yang muncul untuk faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental iaitu sokongan sosial, isu individu, sosialisasi dan pengurusan pihak atasan. Manakala terdapat tiga tema utama di bawah faktor yang menyumbang kepada masalah kemahiran hidup iaitu kesihatan mental, isu individu, dan pengurusan penghuni berdasarkan keperluan. Informan juga berpendapat bahawa kesihatan mental menyumbang kepada kemahiran hidup yang lebih baik dan ini didapati menyokong hasil kuantitatif dalam kajian ini. Keperluan pengurusan kes gelandangan di institusi perlu dititikberatkan bagi memastikan proses pemulihan dalam institusi mencapai objektifnya. Praktis kerja sosial dengan gelandangan di institusi hendaklah mengambilkira keperluan kesihatan mental dan kemahiran hidup gelandangan supaya dapat menyediakan intervensi kerja sosial yang berkesan.,Sarjana Falsafah
Pages: 175
Call Number: RC451.4.H64K834 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122406+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
104.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.