Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460814
Title: Penelitian variasi fonologi dan leksikal varian dialek lembangan sungai Terengganu
Authors: Mohamad Firdaus Azaharuddin (P92778)
Supervisor: Shahidi A. Hamid, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Malay language -- Phonology
Malay language -- Inflection
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jul-2020
Description: Kajian ini bertujuan membincangkan dan memetakan penyebaran variasi fonologi dan leksikal varian Dialek Lembangan Sungai Terengganu di lembangan Sungai Terengganu. Kajian ini menggabungkan bidang linguistik dan geografi yang dikenali sebagai geografi dialek moden atau geolinguistik. Oleh itu kajian ini menerapkan aplikasi perisian berteknologi iaitu Sistem Informasi Geografi, terutamanya dalam aktiviti pelakaran peta koroplet dan sempadan dialek atau isoglos. Data diperoleh menerusi kajian lapangan (kaedah temu bual dan rakaman) di petempatan-petempatan sepanjang lembangan Sungai Terengganu. Informan kajian ini terdiri daripada penutur natif Melayu lelaki dewasa dan wanita dewasa yang berjumlah seramai 30 orang. Penganalisisan data dimulakan dengan pendeskripsian variasi fonologi bagi sistem vokal, diftong, konsonan dan seterusnya pendeskripsian leksikal. Hasil penganalisisan data ternyata berjaya menyerlahkan kewujudan lapan varian Dialek Lembangan Sungai Terengganu iaitu varian Makam Lama, Tajin, Butut, Pauh, Bidur, Kuala Pueh, Jenagur dan Baung. Kesemua varian ini ditentukan berasaskan pembahagian dan pengelompokan ciri-ciri linguistiknya yang unik dan tersendiri. Dapatan kajian menerusi peta koroplet dan isoglos pula menunjukkan bahawa di sepanjang lembangan Sungai Terengganu tidak wujud sebarang pengaruh dialek luar dan bahasa Orang Asli. Dalam kajian ini aplikasi perisian Sistem Informasi Geografi berjaya menghubungkaitkan faktor geografi yang mempengaruhi bentuk pertuturan masyarakat kampung di lembangan Sungai Terengganu. Kajian multidisiplin ini justeru terbukti berjaya menghasilkan sebuah kajian geografi dialek yang lebih moden dan mantap, di samping dapat memberikan implikasi kepada bidang akademik,pendidikan dan penambahan pendokumentasian negara sebagai usaha mengekalkan warisan dialektologi Melayu.,Sarjana Falsafah
Pages: 276
Call Number: PL5109.M844 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122329+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.